10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

Anak-anak sekarang, sakit selsema dan batuk dah macam makanan. Hampir tiap bulan ke klinik jumpa doktor.

Selalunya, mula dengan selsema. Dah masuk 3-4 hari selsema, datang pulak batuk. Kalau tak baik lagi terus jadi lelah dan semput.

Lebih parah lagi kalau sampai jadi Bronchitis dan Pneumonia. Memang kena tahan di wad la jawabnya.

Cuti mak ayah habis bukan sebab rehat. Tapi sebab jaga anak yang sakit.

Ingat lagi dulu, anak sulung kak ekin belum umur 2 tahun tapi dah masuk wad 3-4 kali punca dari sakit ni. Tambah lagi kak ekin gagal beri susu badan pada anak sulung, jadi lagi mudah dia jatuh sakit.

Tapi sejak kak ekin amalkan petua dibawah. Banyak sangat perubahan. Alhamdulillah kalau sakit pun tak pernah melarat sampai teruk. Dah jarang jumpa doktor.

Petua bawah ni, ada yang kak ekin dapat dari doktor pakar kanak-kanak, ada juga dari makcik yang datang urut dan ada dari kelab sokongan ibu.

Semuanya kak ekin kumpul dibawah supaya senang agar jadi panduan ibu-ibu yang lain.

Bila nampak anak dah mula selsema dan batuk. Cuba ibu ayah guna petua dibawah. Kak ekin yakin dengan izin Allah akan menjadi.

Tapi, sekiranya keadaan anak nampak seperti lemah. Tak dapat makan atau minum. Atau batuk berpanjangan melebihi 3 hari. Segera jumpa doktor untuk cek kondisi anak.

Sekiranya doktor dah diagnos sakit anak tiada yang serius, ibu boleh lah cuba petua dibawah pada anak-anak ye.

InsyaAllah, mujarab.

Ibu yang prihatin,

nurasykin ali

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

1) URUTAN LEGA

Teknik ni kak ekin panggil URUT LEGA. Sebab anak akan lega dan berasa selesa selepas sesi urut. Lakukan urutan seperti gambar diatas.

Lakukan 2 kali sehari. Lepas mandi pagi dan malam. Urutan ni dapat bantu pernafasan anak jadi lebih baik.

Pastikan minyak yang digunakan untuk urut tak panas seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak bawang putih.

Kak ekin suka pakaikan Theraphy Oil dari Boomibaby. Sebab anak-anak kak ekin ni jenis mudah naik ruam dan melepuh kalau pakai sebarang minyak. Hanya minyak ni je serasi pada anak. Tambahan pula ada campuran kaffir lime dan sweet orange, hidu dia je bole buat kak ekin hilang rasa stress. Nyamuk dan semut pun tak suka nak datang dekat.

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

2) TEPUK PERCUSSION

lepas urut, boleh lah ibu lakukan tepuk percussion dengan tapak tangan bentuk melengkung. Lihat digambar.

Ibu boleh pilih lakukan mana-mana posisi yang selesa pada anak dan ibu.

Elak dari menepuk ketika anak sedang menangis. Elak dari beri terlalu banyak makan dan minum sebelum lakukan teknik diatas.

Boleh lakukan carian ‘Tepuk Percussion’ di Youtube untuk lebih faham.

Tepuk purcussion sangat bagus untuk melonggar kahak dan disyorkan sendiri oleh doktor. Jadi senang kahak tersebut keluar pada muntah atau najis anak.

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

3) WAKTU MANDI

Ada setengah ibu yang elak mandikan anak ketika selsema. Sebab mereka percaya mandi buatkan selsema anak jadi semakin teruk. Itu hanya mitos.

Sebenarnya, mandikan anak dengan air suam kuku bantu keluarkan selsema dengan lebih mudah dan tubuh anak juga berasa lebih selesa.

Waktu-waktu yang digalakkan untuk mandi seperti gambar atas.

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

4) BAWANG MERAH

Letak bawang merah di tempat tidur anak. Rasa kelakar kan?

Tapi jangan tak percaya. Kak ekin buat memang menjadi.

Hiriskan bawang merah 1-3 biji bergantung size. Isi dalam bekas dan letak pada sebelah bantal atau katil anak.

Cuba lah cuba kalau tak percaya
10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

5) RESIPI SUP ‘ANTIBIOTIK’

Hehe, yang ni memang Kak ekin selalu buat bila anak sakit. Kalau anak tak sakit pun elok juga ibu selitkan menu ni seminggu sekali.

Kalau anak masih menyusu badan, ibu lah yang perlu makan sup ni.

Kalau anak dah boleh makan, beri mereka hirup sup ni.

Bukan je rasa sup ni sedap. Tapi ianya menyihatkan dan boleh meningkatkan antibodi badan.
10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

6) SAPU KUNYIT ATAU HABBATUSAUDA

Sagat kunyit dan calit pada bahagian T-zone seperti gambar diatas. Seeloknya sapu 2 kali sehari. Ni petua orang lama. Tapi memang ada kajian perubatan mengenai khasiat kunyit dapat sembuhkan selsema tau.

Sapu nipis je dah memadai.

Kalau tiada kunyit, boleh juga gantikan dengan biji habbatusauda atau halba yang disagai. Tumbuk dan letak sikit air. Bole sapu nipis pada anak.

Tapi kadang kak ekin tak sempat nak hiris kunyit. Kak ekin semburkan je Happy Boo Mist. Dalam mist ni dah ada kunyit, habbatusauda, jintan, biji kpi dan lavendar. All in one. 100% natural dan mesra pada bayi.

Ada ibu yang penah cuba Happy Boo tak?
10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

7) SEDUT HINGUS BAYI

Okey, ni item wajib perlu ada bagi setiap ibu yang ada anak kecik. Nasal aspirator.

Benda alah ni Kak ekin guna untuk sedut hingus anak. Tak sanggup la nak sedut pakai mulut walaupun anak sendiri. Umpama cam korek najis anak pakai mulut. 😅

Kalau korek guna jari ok la kan haha.

Ibu-ibu boleh je pakai apa-apa jenama pun. Tak kesah yang mahal atau murah. Yang jenis automatik ataupun tidak.

Tapi pastikan ianya BPA free. Jadi lepas guna, kalau rendam air panas tak de lah bahaya kan.

Kak ekin suka guna Nasal Aspirator dari BoomiBaby. Kelebihan set Nasal Aspirator ni sebab datang sekali dengan berus untuk mencuci, ada muncung tambahan untuk gantian dan semistinya BPA free.

Harga pun tak lah mahal sangat. Cuma Rm12 je. Berbaloi lah dari guna mulut kan 😜

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

8) AIR MASAK

Sekiranya anak masih menyusu badan, ibu berikan anak minum susu dengan kerap. Susu ibu ada antibodi dan khasiat tinggi.

Sekiranya anak minum susu formula, selang seli anak minum air masak . Sebab bak kata doktor, susu formula ni buat kahak anak lagi kental. Sebab ada kandungan gula dan perisa tiruan.

Bukan takat susu formula je. Coklat, gula, jajan, vitagen, minuman manis suma kena jauhkan. Sebab makanan ni suma jadi makanan untuk bakteria yang hidup dalam badan anak.

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

9) BERSIH RUMAH DAN MAINAN ANAK

Tukarkan cadar, basuh langsir, bersihkan mainan anak dengan sabun dettol. Letak hand sanitizer dirumah.

Supaya kuman yang terlekat pada peralatan anak-anak dan barangan rumah dibasmi. Jadi boleh la elak dari anak-anak yang lain pun turut terjangkit sama.

10 PETUA HILANG SELSEMA & BATUK ANAK

10) JAUHKAN DARI PEROKOK

Yang ni, kalau suami anda seorang perokok memang satu cabaran. Sebab asap rokok ni antara punca anak kerap sakit.

Iya, walaupun tak merokok di rumah. Tapi asap rokok yang melekat pada pakaian, tangan suami anda tu sama bahaya seperti merokok di dalam rumah.

Sebaiknya, suami cubalah berhenti merokok. Kesian lah kat anak. Sebenarnya mereka ni mendera anaknya secara halal.

Tapiiii.. kalau dah susah sangat nak tinggalkan rokok.

Boleh la merokok di luar rumah puas-puas, lepas selesai tu suami bolehlah terus ke bilik air untuk bersihkan diri dan tukar pakaian sebelum pegang anak-anak.
.
.
Moga petua diatas bermanfaat.

#Follow dan #SetSeeFirst Nurasykin Ali untuk tak ketinggalan info mengenai pengurusan anak dan tips penyusuan badan

#Share pos ni supaya ibu ayah lain pun sama-sama dapat manfaat.


Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *