3 CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU

cara banyakkan susu3 CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU.

1. Sendawa Posisi Bahu.

Ibu boleh meletakkan bayi di atas bahu, ini akan menekan tulang leher terhadap perutnya. Tekanan itu sangat penting untuk mensendawakan bayi dengan baik. Pastikan bayi bersandar selesa pada badan anda dan diampu dengan baik. Gosok belakang bayi.

2. Sendawa Posisi Tangan.

Dudukkan bayi di pangkuan anda dengan membiarkan bayi bersandar kehadapan dengan sebahagian besar berat badannya sedang berehat di tapak tangan anda. Tapak tangan anda menahan dibahagian atas perut bayi. Dagu bayi diampu dengan merehatkan ia di antara ibu jari dan jari telunjuk anda (kedua jari ini dalam bentuk “V”. Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Gosok belakang bayi.

3. Sendawa Posisi Lap (pusingan)

Letakkan kain sebagai alas di peha anda. Posisikan bayi anda di atas peha secara tertiarap, dengan bahagian muka mengadap lantai. Gosokkan bahagian belakang bayi anda.

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *