4 SEBAB ANAK BIJAK DENGAN SUSU IBU

4 SEBAB ANAK BIJAK DENGAN SUSU IBU.

Ibu-ibu menyusu!

Adakah korang tahu anak-anak korang boleh bijak dengan susu ibu?

Yup. Ada 4 sebab susu ibu jadikan anak korang bijak.

1. Lemak genius dalam susu ibu.

Terdapat “lemak genius” di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega-3 atau turut dikenali sebagai DHA. DHA memiliki fungsi penting dalam pembentukan otak, retina mata dan sistem saraf pusat. DHA di dalam sel tubuh bayi membantu bayi untuk mengkoordinasikan mata dan tangan, mengembangkan kemampuan motorik serta meningkatkan fokus. DHA juga membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak, meningkatkan memori dan kemampuan berfikir anak, menyokong perkembangan retina dan menguatkan fungsi visual dan dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif otak anak.

2. Tidak obes.

Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan selama dua tahun pertama dan dilanjutkan tempoh penyusuannya adalah lebih sihat dan kurang berisiko untuk menjadi seorang yang obes. Bila tidak obes, anak akan membesar lebih sihat, cerdas dan aktif.

3. Mata sihat.

Anak juga akan mempunyai mata yang lebih baik berikutan perkembangan otaknya yang bagus.

4. Daya pendengaran yang baik.

Daya pendengaran anak yang menyusu susu ibu juga adalah lebih baik berikutan kurangnya risiko jangkitan telinga.

Anak lebih bijak sudah tentu dengan bentuk didikan dari ibu bapanya. Jadi jangan sia-siakan kesempatan yang ada dan teruskan penyusuan eksklusif korang bersama #milkupcandy!

#milkupcandyhq
#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#sharingtips
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *