5 cara bantu tenangkan si kecil

5 cara bantu tenangkan si kecil yang tak henti menangis.

Ya Tuhan, apa nak buat kalau bayi kerap menangis? Bila tidur baru keadaan sunyi, tapi kalau dia bangun saja dari tidur, pasti dia sambung menangis semula.
Ini antara dilema mak-mak yang ada anak kecil di rumah.

Sebab itu kadang-kadang ia boleh menyebabkan ibu tak cukup tidur sebab kena berjaga malam supaya bayi tak berterusan menangis.

Benar, menangis merupakan alat komunikasi utama. Tapi kalau dibiarkan boleh menyebabkan mereka kena sawan tangis.

Akak nak kongsikan sedikit ilmu untuk korang yang dilema sebab anak kerap menangis tak henti-henti.

1. Peluk dan pegang bayi menghadap kita. Lepas tu, perlahan-lahan letak dagunya di atas bahu kita sambil bergoyang sedikit. Bacalah zikir, doa atau nyanyian yang berentak perlahan.

2. Ada Sesetengah baby ni suka diletakkan di tempat yang selamat untuk bertenang dan mungkin membuatnya tertidur. Oleh itu, kita boleh meletakkan bayi atas katilnya sampil menepuk lembut punggung atau mengusap rambutnya.

3. Kalau anak kerap sangat menangis, cuba beri baby menghisap sesuatu seperti menyusukannya. Secara tak langsung berat badannya juga akan bertambah.

4. Cuba tenangkan si kecil itu dengan mandian atau urutan lembut. Gunakan Therapy Oil Boomi Baby Untuk keselesaan simanja.

5. Bedung juga adalah salah satu cara membantu tenangkan bayi yang menangis. Malah dia merasakan seolah masih berada dalam rahim ibunya.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana. ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *