5 didikan ibu garang, TAPI SAYANG!

Asal garang je di cop tak sayang anak. Kejam, tak ada ciri-ciri seorang ibu.

Tapi, kalau nak tau. Sikap garang ini lah yang akan mendidik anak kita jadi baik. Garang bukan bermakna marah anak tak tentu pasal, pukul anak tanpa sebab. Semua ni adalah mendidik Garang tapi SAYANG.

Nak membentuk peribadi mereka, kita memerlukan cara mendidik anak dengan betul. Apa cara yang paling betul? Kita kenamenjiwai karakter tegas dan garang. So, jangan pernah rasa tersinggung sekiranya anak gelarkan kita ni dengan ‘ibu garang’.

Akak berikan 5 contoh Didikan garang tapi sayang, jom baca.

1 – Menyuruh anak tidur lebih awal

Cara mendidik anak dengan betul yang pertama adalah menyuruh anak masuk ke dalam bilik untuk tidur dengan lebih awal. Dalam nada tegas dan garang, pastinya anak-anak akan mengikut apa yang kita suruh! Semua ni untuk kebaikn dia juga agar dapat merehatkan tubuh dan otak anak selepas seharian berada di sekolah dan bermain.

2 – Anak dilarang ambil makanan manis setiap hari

Seterusnya, kita sebagai seorang ibu yang garang dan tegas kena melarang anak-anak kita mengambil gula atau makanan manis setiap hari! bimbang akan menyebabkan kerosakan gigi dan masalah kesihatan lain.
Nampak je anak terlebih minum air sirap atau sedang mengunyah coklat dalam peti sejuk, pastikan kita kena cekak pinggang!

Tapi bukanlah tak bagi langsung makanan manis cuma ada hari-hari tertentu saja yang dibolehkan

3 - Mengawal penggunaan media, internet dan telefon bimbit

Penggunaan media perlu dikawal pada kanak-kanak dan tidak terus membiarkan anak ’gila’ menggunakan gadjet seperti telefon.
Jadi tak ada salahnya kalau jadi garang dan tegas ketika melarang anak yang terlalu obses bermain telefon bimbit.

4 - Tidak membeli ‘barang’ yang terbaik dan terkini.

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus,

Cara mendidik anak yang betul sebagai ibu yang tegas dan garang adalah kita jangan gatal bagi peluang untuk anak menikmati sesuatu benda yang terkini.

Mereka kena tahu, memiliki sesuatu yang terkini dan terbaik bukanlah perkara yang penting dalam hidup. Tapi mereka kena belajar menghargai dan bersyukur bila memiliki sesuatu.

luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

5 - Minta anak memohon maaf jika buat salah

Kalau kita tak mengajar anak memohon maaf bagaimana kehidupannya nanti bila besar?
Jadi cara mendidik anak yang betul adalah mengajar mereka memohon maaf apabila melakukan kesalahan tertentu tak kira pada kedua ibu bapa, sahabat, keluarga atau jiran tetangga.
Selain, biarkan anak menyedari apa yang dilakukan itu salah dan jangan mengulanginya semula.

So inilah 5 didikan garang tapi sebenarnya kita sayang.

Perkongsian ikhlas dari akak sebagai sorang ibu, 4 orang anak 😍❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *