5 jenis ikan yang sesuai dimakan ibu hamil

Kadang kita tercari-cari apakah makanan yang sesuai untuk ibu hamil. Pasti satu-satu jenis makanan mempunyai khasiat tersendiri dan sangat bagus di amalkan lebih-lebih lagi ketika hamil. Nah, ni antara ikan yang sesuai uolls ambil dan bagus untuk janin.

1. IKAN KELI. Ikan keli merupakan salah satu yang terbaik diambil sepanjang kehamilan. Ia mengandungi lemak baik dan protein yang tinggi yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan maksima pada janin. Selain itu, daging ikan keli juga kaya akan fosfor dan kalium. Fosfor merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pembentukan tulang janin dan kalium membantu jantung dan pembuluh darah untuk lebih sihat.

2. IKAN SALMON. Mengandung lemak Omega 3, DHA, dan EPA. Ketiganya adalah zat yang dapat mengoptimakan pertumbuhan neorologis dan penglihatan pada janin. Jika ingin memiliki anak yang cerdas sejak dari dalam kandungan, mengamalkan ikan yang berhabitat di Samudra Atlantik dan Pasifik ini mungkin merupakan pilihan tepat.

3. IKAN SARDIN. Ia juga termasuk golongan ikan terbaik untuk ibu hamil. Ikan ini mengandung protein tinggi tapi sangat rendah merkuri. Semasa memilih, jangan pilih ikan makarel. Jangan tersalah pilih. Selain itu, jika boleh usahakan pilih ikan sardin yang rendah sodium terutama jika uolls mengalami hipertensi selama kehamilan.

4. IKAN BILIS. Walaupun ukurannya kecil, ikan bilis rupanya memiliki keistimewaan yang luar biasa dibandingkan jenis ikan lain. Ikan ini sangat kaya kalsium, zat yang penting untuk menunjang pertumbuhan tulang dan gigi janin. Selain itu, ia juga kaya akan protein, fosfor, zat besi, beberapa vitamin, serta mineral . Dan yang paling penting, ikan ini sangat rendah merkuri. Sangat elok di amalkan sepanjang kehamilan.

5. IKAN MAS. Ikan yang baik untuk ibu hamil yang lain adalah ikan mas. Ikan ini memang jelas tidak mengandungi merkuri. Ia memang tidak akan hidup di perairan yang tercemar dan bagus di amalkan ibu hamil. Selain itu, ikan ini juga kaya protein, lemak baik, kalsium, fosfor, protein dan vitamin yang dapat mencukupi keperluan nutrisi bagi pertumbuhan janin.

Dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi, janin pasti sihat dan pertumbuhannya juga dalam keadaan baik. Amalkan juga makanan tambahan dari sumber makanan-makanan Sunnah seperti #milkupcandy. Pasti momen hamil lebih menarik lagi.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *