5 PUNCA KENAPA GAS BELEBIHAN DALAM PERUT ANAK

Bila anak mengalami kembung perut, jangan ibu mengambil mudah sahaja. Jom kita ketahui kenapa dan 5 punca gas berlebihan dalam perut anak. Jom kita lihat perkongsian yang telah dikongsikan daripada Facebook Aizah Zarirah.

Jangan ambil mudah kalau anak selalu mengadu sakit perut! Kenal pasti punca-punca gas berlebihan dalam perut anak. Jangan sampai bila dah kronik baru nak ambil tindakan.

Dekat sini nak kongsi punca-punca yang boleh menyebabkan gas dalam perut anak terlalu berlebihan.

1. Menelan terlalu banyak angin:
Tabiat seperti menghisap jari, makan terlalu pantas atau minum menggunakan straw boleh menambahkan gas di dalam perut. Dalam kalangan bayi, peningkatan gas berlaku apabila mereka menghisap puting atau menyusu (menggunakan botol atau penyusuan susu ibu) dalam kedudukan yang tidak betul.

2. Pengambilan makanan bergas:
Makanan yang menghasilkan gas dalam seorang kanak-kanak tidak semestinya akan menyebabkan gas dalam seorang kanak-kanak yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana badan mereka menghadam karbohidrat dan jenis bakteria yang terdapat di dalam usus mereka. Jenis-jenis makanan yang boleh menghasilkan gas berlebihan termasuklah

1. Kekacang
2. Brokoli
3. Kubis Brussels
4. Kubis
5. Minuman berkarbonat
6. Bunga kubis
7. Buah-buahan seperti epal, pic dan pir
8. Makanan berasaskan bijirin
9. Gula-gula getah
10. Gula-gula keras
11. Daun salad
12. Susu dan hasil tenusu
13. Bawang

3. Komplikasi gastrousus:
Beberapa penyakit seperti penyakit Crohn, pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus kecil (SIBO), ketakcernaan (ketidakhadaman), sembelit dan cirit-birit boleh menyebabkan gas berlebihan di dalam saluran usus.

Pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus kecil atau Small Intestine Bacteria Overgrowth (SIBO)
Disifatkan sebagai kehadiran jumlah bakteria yang tinggi (melebihi 100,000 bakteria setiap mililiter) di bahagian atas usus kecil. Pengumpulan bakteria tersebut, yang pada asalnya selamat, boleh menyebabkan kemudaratan apabila ianya berlebihan. Ini kerana bakteria menghasilkan toksin, enzim, dan gas-gas usus (iaitu hidrogen, metana dan karbon dioksida) yang mengganggu penghadaman, mengakibatkan ketidakselesaan fizikal dan juga kecederaan usus.
4. Intoleransi terhadap sesetengah makanan:
Terdapat kanak-kanak yang tidak berupaya menghadam beberapa jenis makanan tertentu disebabkan kekuranganenzim-enzim penghadaman – keadaan ini dikenali sebagai ‘intoleransi makanan’.
Makanan-makanan ini jika diambil, akan digunakan oleh bakteria, dan seterusnya menghasilkan gas. Terdapat pelbagai jenis intoleransi makanan tetapi yang paling lazim dilaporkan adalah intoleransi terhadap laktosa (terdapat di dalam kebanyakan produk tenusu) atau fruktosa.
Masalah intoleransi boleh didiagnosis dengan menggunakan beberapa kaedah (iaitu, ujian darah, diet pengecualian, dll.), tetapi yang paling mudah, kurang invasif dan mudah didapati ialah ujian nafas hidrogen.
5. Tak menjaga diet anak.
Sebagai ibu bapa, perkara terpenting yang kita boleh lakukan adalah memberi anak anak diet yang berkhasiat dan seimbang serta awasi kesihatan penghadaman mereka. Dapatkan nasihat pakar pediatrik atau pakar gastroenterologi pediatrik dengan segera jika anda mengesyaki anak anda menghadapi sebarang masalah.

Kredit to Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *