5 tanda tantrum BAHAYA untuk anak!

5 tanda tantrum BAHAYA untuk anak!

Anak tantrum ini disebabkan banyak faktor. Kalau kehendak mereka tak dipenuhi, mula lah mereka nak tunjuk tunjuk perasaan di depan orang ramai. Tapi kalau anak dah mula tunjuk 5 tanda ini, BAHAYA!
Mommy mesti selalu atau pernah berhadapan anak kecik mengamuk atau tantrum. Apa reaksi korang? Kalau pergi shopping mesti rasa nak cepat balik, kan. Pergi pertandang mesti rasa nak mengamuk tengok dia punya lasak.
Secara praktikal, perangai anak mengamuk atau tantrum ini akan terjadi bila anak kita dah masuk usia kanak-kanak dalam dua tahun ke atas. Menurut pakar yang berpengalaman, terdapat 5 tanda anak kecil mengamuk yang paling tahap dewa nak kawal.
Meh baca sesama untuk pengetahuan..
5 tanda tantrum BAHAYA untuk anak!

1. Agresif dengan orang sekeliling

Ha.. mommy mesti kenal pasti tahap mengamuk anak ni. Kalau anak mengamuk dia dah start mula menumbuk, menendang dan mencakar, ini adalah sangat bahaya okay!

Walau kita akan nampak normal, alah biasa la anak kecik. Tapi mommy kena cool downkan dia cepat. Nanti tak pasal-pasal satu badan kita di dicakarnya! Aduhai. 

Anak kecil mengamuk ini biasanya disebabkan perasaan kecewa bila tak dapat sesuatu yang mereka nak. Contoh. mereka nak mainan ke, tapi kita tak nak beli jadi mereka merajuk lalu mengamuk. Jadi bila tantrum, mereka akan buat fizikal agresif seperti mencederakan orang lain.

Sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa bagi nasihat dan bimbingan. Ajar dia guna perkataan saja bila rasa nak mengamuk. Bukan guna kekerasan tangan atau kaki. Ingat ye!

Lepas tu peluklah mereha dan cakap lemah lembut ke telinganya. Pujuknya secara halus.

5 tanda tantrum BAHAYA untuk anak! 2

2. Mulai tak dengar cakap.

Anak mommy cepat mengamuk, tak dengar cakap, tak boleh diusik kalau tengah main? Sebenarnya tingkah laku ini memang perlu diberi rawatan oleh pakar dengan segera sebelum ia melarat dan hilang kawalan.

Biasanya orang tua macam kita akan menurut kehendak anak yang mempunyai tingkah laku macam tu sebab kita tak nak amukan menjadi makin teruk tetapi sebenarnya cara merawat mereka adalah dengan ketegasan dan jangan turutkan kemahuan mereka yang tak masuk akal.

3. Tantrum yang berpanjangan

Biasanya, anak kecik mengamuk ini hanya ambik masa ebih kurang beberapa minit je. Terutama di khalayak ramai atau orang awam.

Tapi kalau dia dah mengamuk ambim masa lama sampai 25 minit, fuh memang agak mencabar! 

Relaks and cool ya mommy, daddy semua. Ada cara yang betul untuk mengendalikan anak yang mengamuk atau tantrum ini, seperti mengajak mereka ke kawasan yang lebih sunyi atau jauh dari orang sekeliling. Kemudian, pujuk dengan berhemah.

5 tanda tantrum BAHAYA untuk anak! 4

4. Kerap kali tantrum.

Penting untuk kita kira sebanyak mana anak kita mengamuk tau. Jangan ambik mudah perkara ni! Tengok sama ada berlaku 5 kali sehari atau 10 kali dalam sebulan? Ha… mommy kena peka tau kemudian buat nota sikit. Demi kebaikan anak, tak salah kita buat.
Selain itu, mommy kenalah sentiasa menasihati anak supaya berkelakuan baik dan tidak mengamuk seperti selalu. Mesti mereka akan berubah secara perlahan-lahan kerana diri mereka masih mudah dilentur. 
Macam pepatah melayu kata, lentur buluh biar dari rebungnya.
Ada dua cara yang boleh tangani masalah tantrum anak.


1. Pertama terus pergi ke pediatrik neuropsikologi supaya mereka tahu apa yang terjadi seperti permasalahan dalam keluarga.


2. Keduanya, berjumpa terus dengan psikologi kanak-kanak untuk bincangkan emosi anak yang sukar dikawal.

kanak kanak ni perlula dididik dari kecil lagi. ada pepatah pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. macam tula kanak kanak ni. bila makin meningkat dewasa makin banyak karenah meraka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *