5 TIPS ELAK ANAK SELALU SELSEMA!

5 TIPS ELAK ANAK SELALU SELSEMA!

Orang kata mencegah lebih baik dari mengobati. Dan ini adalah salah satu cara-cara nak elak anak terkena jangkitan selsema yang tersangat kerap.

Masa hari tu akak pun pelik la juga, bila anak kerap sangat batuk dan selsema ni. Tetiba time tu akak jumpa pakar dekat klinik sri serdang. Doc tu ada la bagi akak macam soalan. Mati la kau nak, soalan lagi susah dari soalan exam tau hahah.

Salah satunya “Suami puan merokok tak? Puan ada pelihara haiwan tak? Rumah kerap di bersihkan tak?” Dan macam-macam soalan lagi.

“Puan ingat selsema ni terjadi bila sejuk atau hujan ke?” Terserentak akak dari lamunan dengan soalan last ni.

“ ye doc, kadang pelik juga. Musim panas pun anak saya boleh selsema.” Akak jawap dengan penuh redha akan kena dash balik hahaha

“puan, Walaupun ramai orang berfikir kita akan dijangkiti selsema kalau kita tak pakai baju tebal atau terdedah pada cuaca yang sejuk, itu adalah mitos. Penyebab sebenar adalah salah satu daripada lebih 200 virus. Faham kan puan? Meh saya bagi saya explain”

1. Selesema merebak apabila kita dijangkiti zarah virus melalui bersin, batuk, percakapan, atau partikel halus ketika mereka mengelap hidung daripada orang yang mengalami selsema.

2. Kita pun boleh dijangkiti virus apabila menyentuh permukaan yang tercemar yang disentuh oleh individu yang dijangkiti

3. Biasa Kawasan yang mudah sangat tercemar. Telefon, mainan kanak-kanak dan tuala. Rhinovirus (yang selalunya menyebabkan selsema) boleh hidup sehingga tiga jam di permukaan yang keras.

So akak kongsi pulak tips-tipsnya

sumber dari aizah zarirah

1. UNTUK AYAH YANG MEROKOK

walaupun kita merokok kat luar rumah, tapi bila masuk dan pegang anak, bau dan molekul-molekul asap rokok tu melekat pada baju, seeloknya lepas merokok, masuk rumah tukar baju dulu baru pegang anak.

3. JANGAN PELIHARA HAIWAN KALAU ADA ANAK KECIK DI RUMAH

haiwan peliharaan. contoh nya kucing, arnab, burung. Bulu dia bahaya! Kalau tak pandai nak jaga memang akan buat bulu mereka ni merata-rata tempat. Lagi-lagi dekat mainan anak. Anak ni dah la suka main sumbat je dalam mulut.

2. ELAK BAWAK KELUAR KALAU ADA PEMBINAAN RUMAH

ada construction, renovation di kawasan sekitar rumah, kiranya debu la, jerebu pon turut penyebab ye. So, elakkan berada di kawasan luar rumah jika tercemar macam ni

4. PASTIKAN BASUH CADAR, SELIMUT

cadar-cadar kena tukar seminggu sekali. ini memang susah sikit nak buat, akak kadang-kadang sampai sebulan baru tukar, maklum la masa tu terhad selalunya. alasan! Hahahaha.

5. JANGAN PASANG AIRCOND SEMALAMAN

Nasihat akak masa baby tidur tu pasang aircond, dah tengah malam cam tu dalam pukul 12 ke tutup dan pakai kipas je sampai subuh. hmm panas uollsss, daa buat untuk seminggu ni memang basah baju. Tapi untuk kesihatan anak kan. Kenalah berkorban dalam kepanasan hehehe.


Facebook

38135315_10213941091496181_4993897249747501056_n
38072380_10213941091896191_1602726647763566592_n
38152779_10213941092096196_4231037536727728128_n
38072353_10213941091656185_1634658518428549120_n
38199979_10213941092736212_1338016749475332096_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *