5 Tips Jaga Luka Bersalin Normal

5 tips jaga luka bersalin normal5 Tips Jaga Luka Bersalin Normal !

NGILUNYA LUKA BERSALIN!

Tak kira kita bersalin normal atau pembedahan penjagaan luka itu sangat penting! Macam tu juga penjagaan luka episiotomi jangan di diabaikan lebih-lebih lagi kalau mommy yang jenis mengalami koyakan perineum tahap ke3 dan ke4. Kesan daripada penjagaan yang tak betul, jahitan boleh terbuka kalau terdapat jangkitan pada luka. Kat sini akak eja nak kongsikan cara menjaga luka bersalin normal 😍

1. Letak ubat

Letak pek ais di tempat kawasan jahitan. Ais akan membuatkan kawasan luka ‘rasa kebas’ lalu kurangkan rasa sakit. Atau pun mommy boleh Rendam punggung dalam bekas air suam. Kemudian campurkan larutan antiseptik bagi membasuh kotoran di sekitar luka.

2. tukar maternity pad dengan kerap.

Yang ni amat penting supaya bakteria tidak membiak. Tukar setiap 3 jam sebelum pad tu penuh. Kalau kat dalam bilik sorang-sorang bolehlah dedahkan luka supaya cepat kering. Kemudian buka kipas supaya pengudaraan lebih baik.

3. Jalan perlahan-lahan

Orang dulu-dulu melarang orang dalam pantang keluar rumah. Ibu yang baru bersalin perlu berehat di rumah. Tak boleh lasak-lasak. Jalan kena kepit-kepit. Jangan terlalu lama berdiri dan duduk. Sebab luka yang ingin sembuh akan membengkak kalau tak cukup rehat. Tapi, jangan la pulak kita dok baring je tak baik juga untuk luka. Jadi jalan je slow-slow di kawasan rumah biar luka tu cepat sembuh.

4. Kalau luka berair. Masukkan kain kasa ke tempat jahitan. Tapi, kalau keluar darah, nanah atau berlendir, korang kena pergi-cepat-cepat jumpa doctor! Kalau rasa sakit atau demam ringan, mommy boleh makan paracetemol 500mg setiap 6 jam tapi kalau dah sembuh elakkan makan ubat terutama ibu yang menyusukan baby. Luka ini akan sembuh dalam tempoh dua minggu hingga enam bulan. Benang jahitan pun akan tanggal dengan sndiri tanpa perlu berjumpa doctor.

5. amalkan makanan yang seimbang
Bila berpantang, banyak benda tak boleh nak makan. Walau macam mana pun, pastikan korang makan makanan yang kaya vitamin C dan mendapat cukup nutrisi.

Credit : Facebook Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *