7 KEGUNAAN SUSU IBU YANG RAMAI TAK TAHU

Sebenarnya banyak kegunaan susu ibu selain dari bagus untuk pertumbuhan dan perkembangan si manja kita. Banyak kebaikan susu badan ni yang kita tak tahu. Jom kita tambah sedikit sebanyak ilmu yang mungkin berguna di masa hadapan nanti.

Seperti yang kita tahu susu badan mengandungi pelbagai khasiat dan bersifat antibakteria. Maka tak hairanlah ia mempunyai kuasa penawar yang menakjubkan bukan sahaja pada bayi, tetapi juga ibu nya malah sesiapa sahaja. 7 kegunaan yang boleh kita jadikan susu ibu sebagai penawar.

1. Melegakan kesan gigitan nyamuk. Caranya hanya dengan titiskan beberapa titik susu ibu dan biarkan. Apabila kering, bilas dengan air bersih. Ia juga berfungsi menghilangkan parut.
2. Kurangkan sakit tumbuh gigi. Salah satu alternatif yang mudah ialah dengan membuat ais krim susu daripada susu perahan. Ais krim istimewa ini bukan sahaja melegakan, tetapi juga memiliki segala khasiat susu.
3. Melembapkan bibir yang kering. Jika bibir bayi kelihatan kering atau luka, cuba lembapkan dengan sedikit titisan susu ibu. Mudahkan? Ia amat berkesan untuk bayi dan juga orang dewasa.
4. Menyembuhkan luka atau lecur. Dengan sifat antiseptic yang dimiliki, susu ibu di sapukan kepada kesan luka atau lecur dengan menggunakan kapas. Kemudian biarkan ia mengering. Menurut sebuah kajian, antibodi IgA yang terkandung di dalamnya dapat mengelakkan kuman daripada terbentuk sakaligus mempercepatkan penyembuhan.
5. Atasi puting melecet. Manfaatkan kegunaan susu ibu dengan cara titiskan beberapa titis susu badan pada puting selesai menyusukan bayi.
6. Mengurangkan eczema dan ruam lampin. Para pengkaji mendapati susu ibu dapat merawat ruam lampin seperti ubat hidrokortison yang di preskripsikan.
7. Menghilangkan kerak kepala bayi. Hanya sapukan beberapa titis susu badan di bahagian kepala bayi yang bergerak dan biarkan ia mengering. Kemudian bilaskan seperi biasa.

Mahal sungguh titisan emas ni. Jom ber#milkupcandy . Hanya kunyah dah dapat susu meriah sambil dapat manfaat yang super best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *