7 Langkah mudah untuk kendalikan anak demam di rumah

Cara hilangkan selsemaKadang-kadang ibu gelisah tak tentu arah anak demam. Kadang-kadang ter”blur” pun ada. So Kak Ekin share langkah-langkah atau tips nak kendalikan anak yang sedang demam di rumah.

1. SUKAT SUHU BADAN ANAK.
Suhu badan yang normal adalah 36 C. Gunakan termometer yang boleh di dapati di mana-mana farmasi. Jika demam anak mencecah 38 C, ambil inisiatif untuk turunkan suhu badan anak.

2. TUAM KEPALA DAN BADAN ANAK.
Rendam tuala dengan air paip. Tuam di seluruh badan, terutamanya bahagian kepala. Tuam juga di celah pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Sentiasa prihatin dengan kadar suhu badan anak.

3. SEMBUR HAPPY BOO.
Sembur di atas kepala dan kawasan perut anak untuk membantu meredakan demam.

4. BERI ANAK MAKAN BUBUR.
Pastikan perut anak tidak kosong. Sebaiknya beri makanan yang lembut. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

5. MINUM BANYAK AIR DAN SUSU.
Suhu badan yang meningkat membuatkan badan anak kekeringan air. Badan yang kering lebih lambat untuk sembuh. Jadi beri anak minum air secukupnya.

6. SENTIASA BERADA DI SISI ANAK.
Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat.

7. BERDOA PADA ALLAH.
Berdoa dan tawakal biarpun kita telah berusaha. Tetapkan hati dan yakin Allah beri kesembuhan buat anak.

Semoga langkah ini membantu ibu-ibu mengawal keadaan dengan bijak. Anak yang kembali sihat pasti membahagiakan ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *