7 PANTANG LARANG ORANG LAMA PADA MASA KINI

7 PANTANG LARANG ORANG LAMA!

Kadang-kadang perempuan ni degilnya agak melampau-lampau. Apa lagi bila bab-bab nasihat atau petua orang dulu- dulu. Semua benda dipandang remeh, terutama bila sentuh bab berpantang.

Akak hari tu ada terbaca status yang dia bangga sangat masa pantang boleh nak telan semua benda. Kononnya “Tak payah pantang sangat, petua-petua semua tu karut je. Saya bedal je semua, sekarang anak nak dekat setahun elok je.” 

Akak geleng kepala je sambil sengeh. Sekarang memanglah kau elok je dik, semua benda tu kau akan dapat effect bila umur dah nak masuk umur 30 keatas. Time tu hah jangan nak complain semua benda sakit ye.

Bila bercakap bab berpantang, ini yang selalu mak kita pesankan?

7 pantang larang orang tua
1-DILARANG SENTUH LAKSA
2. PANTANG AIR KELAPA MUDA.
3. BERSOPAN LA SIKIT, DUDUK TU SILA KEPIT-KEPIT
4. PANTANGKAN BABY DARI BERJALAN
5. PANTANG TIDUR SENJA
6. LABU KUNING
7. TAHAN TEKAK DARI MINUM ARI SEJUK!

OK, peminat laksa jangan marah eh. Tapi hakikatnya ‘laksa’ orang tua-tua cakap tak boleh ambil sebab dimasak 2 kali. Melainkan korang ambil laksa yang x payah rebus balik tu. Tapi dahnyer kuah laksa ade bunga kantan. Angin jugak tu. Seeloknya, baik lah dihindarkan. Orang-orang tua cakap selepas bersalin tak boleh nak makan laksa sampai 1-2 tahun. Bila dah banyak angin terperap, kesannya boleh sakit urat, sakit badan. Paling-paling menakutkan boleh kena BENTAN TAU TAK?

Yang ni air paling jahat. Huhu..jahat cam penjenayah ke, perampok ke Hakak pun tak tau. Tapi air kelapa bisa untuk urat-urat. Jeli kelapa boleh, air kelapa tak boleh, isi kelapa muda boleh tapi sikiit aje ye. Air kelapa kena dipantang sampai la kita mengandung lagi sekali..erk??? Hehehe pantang dalam setahun cukup la. Orang tua-tua cakap minum air kelapa akan sebabkan ‘putus ubat’. Sebabnya air kelapa meneturalkan balik badan kita. Jadinya khasiat ubatan dan jamu kita makan akan hilang dari badan.

Lagi satu ibu-ibu berpantang ni tolong la jangan terlampau aktif sangat! Boleh terbuka jahitan bawah dek noon kalau lasak sangat. Haish! Ni akak seriau.

Yang ni akak taajub betul la yang mak-mak baru tengok baby baru 2minggu dah bawak pI jalan-jalan dekat mall. Jangan ikutkan sangat peredaran zaman yang semakin moden. Baby yang baru lahir amat fragile. Mudah terkena jangkitan dan virus. Elakkkan bawa ke tempat orang ramai. Kita tak tahu penyakit ape hinggap kat manusia lain. Sekali dibaginya virus selsema merana ko berjaga malam. Terus kena simpan stock ‘Happy Boo’ banyak-banyak. 
Lagi satu, baby baru ni ‘wangi’. Ramai yang berkenan. Paham kan???

Selain tu tolong sangat-sangat ye mommy jangan biasakan masa pantang tidur senja dan tengah hari. Kalau tidur masa tengah hari ni, akan membuatkan badan kita cepat letih dan lesu. Time senja pula memang tersangatlah tak elok sebab time tu syaitan dah mula berkeliaran. Boleh menyebabkan pikiran ibu dalam pantang ni terganggu. Biasalah syaitan kan ada je benda dia nak cari pasal dan menyesatkan kaum adam ni.

Yang ni sebab angin. Bila dah masuk angin, dah tentu satu badan sakit. Dan lagi bila menyusukan takut baby pun ikut kembung. Siaann dia

Mommy please selepas bersalin dan dalam proses pantang tak digalakkan untuk minum air berais sebab ia mampu membuatkan urat-urat badan mengembang dan mengakibatkan rasa sengal-sengal pada badan. Jadi sepanjang dalam proses berpantang itu, tahan diri daripada minum air berais, ya! Tolong ye mommy-mommy sekalian, pantang la dengan betul. Sebab badan kita ni nak pakai lama bukan sehari dua kita nak guna. Effect semua tu kita tak akan rasa sekarang, tunggulah bila dah tua nanti. Jangan sampai nanti bila sedar badan dah rasa lain macam mula la nak menyesal. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna! Effect pantang tak jaga ni kesannya kita akan cepat rasa nak marah dekat anak, silap-silap boleh meroyan. So, sila bulatkan hati untuk pantang dengan betul-betul. Jangan abaikan sangat petua orang dulu-dulu ni. Tak rugi pun kan?Siapa lagi yang tau pantang larang selepas bersalin? Boleh la kongsi sama-sama di comment, mana tau pengalaman korang bermanfaat untuk mommy-mommy di luar sana.

jadi sekarang korang tahu lahkan, berpantang ni sangat penting. so lepasni janganlah amik remeh dalam hal macam ni. kita cuba ubah dan buat benda yang baik untuk diri kita.

thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *