7 sebab bayi menangis

7sebab baby menangis

“Ish, baby nak apa ye? Nangis je ni.”

Inilah dialog ibu baru. Bukan mudah nak handle baby yang belum pandai bercakap. Hanya dengan isyarat nangis kita cuma tahu baby sedang dalam masalah. Tak pasti apa yang di mahukan. Kak ekin nak share sikit apa yang baby mahukan apabila dia menangis. Jom topup ilmu keibuan.

1. SAYA PERLUKAN MAKANAN. Lapar adalah sebab utama baby menangis. So korang kena cepat-cepat suakan susu. Jangan lengah-lengah!

2. SAYA PERLUKAN KESELESAAN. Cuba tengok lampin? Pastikan lampin tiada sebarang anasir yang mengganggu keselesaan baby.

3. SAYA PERLUKAN KEHANGATAN. Baju baby yang korang pakaikan mungkin terlalu tebal atau terlalu nipis. Tukarkan baju yang lebih elok dan sesuai dengan keadaan.

4. SAYA MAHU PELUKAN. Setengah baby sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Baby yang lebih besar akan lebih merasa tenang jika dapat melihat serta mendengar suara kita tetapi baby yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal.

5. SAYA PERLUKAN REHAT. Mungkin kita fikir mudah bagi baby untuk tertidur jika terlalu letih. Tapi jika bayi di kerumuni ramai tetamu mungkin lebih sukar untuk tidur malah lebih banyak menangis.

6. SAYA PERLUKAN SESUATU MEMBUATKAN SAYA RASA LEBIH SIHAT. Jika sudah memberi makan dan keselesaan tapi bayi masih lagi menangis, mungkin baby sedang alami kesakitan. Biasanya bayi menangis dengan suara yang kedengaran agak lain.

7. SAYA PERLUKAN SESUATU TAPI SAYA TAK TAHU APA YANG SAYA MAHU. Macam-macam yang kita dah buat. Baby masih lagi menangis. Cuba periksa keadaan perutnya. Kemungkinan baby kembung perut.

Setiap tangisan baby bermacam-macam yang baby perlukan. Berikan perhatian lebih kerana baby masih memerlukan kita untuk menguruskan segala keperluannya. Susukan baby dengan kebaikan dari #milkupcandy yang kaya dengan makanan Sunnah.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *