7 TIPS AJAR ANAK MINUM SUSU DENGAN BOTOL

7 TIPS AJAR ANAK MINUM SUSU DENGAN BOTOL

Next week dah mula kerja. Anak pulak asyik reject botol susu. Puas dah cuba macam-macam botol susu. Runsingnya nak tinggalkan anak pada babysitter!

Selalu perkara ni jadi bila ibu lambat ajar anak minum susu dengan botol. Dari hari pertama anak lahir sampai habis cuti bersalin 100% direct susu badan.

Tak dinafikan memang bagus beri susu direct pada anak. Tapi risau jika berlaku kes-kes sebegini.

Lagipun, Kak ekin sendiri pun seorang ibu bekerjaya. So, faham sangat perasaan ibu-ibu bila berlaku macam ni.

Jangan salah faham, guna botol bukan maksud Kak ekin pakai susu formula tau. Tapi susu badan yang dipam dan dimasukkan ke dalam botol.

Jadi, bagi ibu yang nak atasi masalah diatas. Apa kata cuba 7 tips yang kak ekin kongsikan dibawah. Scroll sampai akhir tau. Banyak info best pada setiap gambar.

Semoga bermanfaat.
.
.
.
#Follow dan #SeeFirst Nurasykin Ali untuk tak ketinggalan perkongsian kak ekin seterusnya faktor susu ibu merudum secara mendadak dan cara atasi.

7 tips ajar anak minum susu dengan botol
1) CARI MASA YANG SESUAI

Biasanya masa yang sesuai untuk ajar bayi menggunakan botol susu adalah pada usia 4-6 minggu.

Kalau ajar terlebih awal, takut bayi keliru puting pulakkan dan kalau terlewat, bayi memang taknak langsung menggunakan botol kerana dah serasi isap direct.

# sebelum ni Kak ekin dah kongsikan berkenaan cara untuk mengatasi masalah bayi keliru puting.

7 tips ajar anak minum susu dengan botol
2) BERI SUSU BADAN FRESH, BUKAN EBM

Permulaan ajar menggunakan botol, ibu perlu beri susu badan yang baru dipam dan bukannya susu badan yang disimpan ditempat beku.

Ini disebabkan oleh sebelum ni bayi dah terbiasa hisap susu fresh, jadi bila terus bagi susu EBM tu mungkin dia akan menolak. Susu EBM rasanya tak sama seperti yang fresh tau. 

So, susu EBM tu boleh digunakan bila bayi betul-betul bersedia untuk menggunakan botol.

Jangan lupa untuk tuliskan tarikh disetiap susu EBM ibu-ibu.

7 tips ajar anak minum susu dengan botol
3) BERI BOTOL KETIKA BAYI BELUM LAPAR

Biasanya Kak ekin dengar ibu-ibu beritahu mereka akan mula beri botol ketika bayi betul-betul lapar. Dalam kes ni perkara begitu silap tau.

Ibu perlu beri botol ketika bayi belum lapar. Maksud Kak ekin, terus suakan botol ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Jangan tunggu sehingga dia menangis.

Masa tu memang bayi taknak langsung botol.

4) POSISI YANG BETUL

Posisi menyusu tu kena betul tau. Ibu ambil dan pangku bayi tu elok-elok. Tinggikan sedikit kepala dia dan tengok samada bayi selesa atau tak.

Kalau tak selesa, bayi pun taknak hisapkan. So, masa bagi susu menggunakan botol tu, tuang perlahan-lahan supaya aliran susu tak terlalu laju. Inikan proses permulaan, jadi jangan tergopoh sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *