7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

Anak dah besar, susu nak kering. Tapi anak masih lagi nak ngempeng. Tiap malam nak bergayut kat nenen. Adoi, camne nak buat ni Kak ekin?

Ni kisah benar. Soalan ni sering kak ekin dapat. Kebiasaan ibu yang direct feed memang akan hadapi masalah begini.

Ikut pengalaman anak pertama dan kedua kak ekin senang. Anak otomatik taknak bila kak ekin pregnant lagi. Tapi anak yang last ni masih lagi menyusu. Belum rasa nak cerai susu lagi.

Jadi kak ekin akan share pengalaman yang kak ekin kutip dari ibu-ibu yang turut serta ke perjumpaan kumpulan sokongan ibu pada setiap bulan.

Jemput baca 7 TIPS PUTUS SUSU BADAN dibawah. Kak ekin letak penerangan disetiap gambar supaya ibu lebih mudah nak faham.

Apa pun kak ekin nak nasihatkan. Ketika anak berganjak umur 2 tahun, janganlah gelabah terus nak hentikan penyusuan. Releks dulu dan cuba reka plan cara nak berhentikan. Kemudian boleh ikut seperti yang dirancangkan.

Moga info diatas dapat permudahkan urusan ibu-ibu semua. Kak ekin alu-alukan ibu untuk kongsi pengalaman cara putuskan susu diruangan komen. Supaya kita sama-sama dapat sebarkan info berguna pada ibu yang lain.

#Share supaya lebih ramai ibu dapat manfaat.

#Follow dan #SeeFirst Nurasykin Ali untuk dapatkan lebih banyak tips dan info mengenai penyusuan, pengurusan bayi dan kecantikan ibu.

Much Love,

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

Ada ibu hanya perlu buat 2 tips bawah ni sahaja sudah berjaya putus susu. Tapi ada juga ibu yang perlu buat kesemua tips dibawah baru boleh berjaya. 

Ia bergantung pada penerimaan anak masing-masing.

Jom kita check it out!

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#1) MAKAN KENYANG
Bagi anak makanan lengkap dan secukupnya seperti nasi, ikan dan sayur. Kebiasaan dalam 3 kali sehari.

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#2) GANTI MINUMAN
Pilih air masak, stok ebm atau susu segar untuk gantikan susu ibu. Elakkan minuman yang bergula. Boleh juga kalau nak campur beri tembikai, yakult atau yogurt supaya anak tak boring.

#3) KURANG PENYUSUAN DIRECT
Awal-awal nak putuskan susu badan, ibu perlu kurangkan penyusuan direct secara perlahan. Kalau buat mendadak, anak akan merajuk teruk. Lagisatu kita nak elakkan susu kat nenen jadi berketul. 

Contoh; kebiasaan kita bagi anak nenen 4 jam sekali. Jadi kurangkan ke 6 jam sekali. Lepas tu kurangkan lagi, bagi pada waktu malam je.

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#4) ASING TEMPAT TIDUR
Salah satu faktor anak gagal cerai susu disebabkan anak ketagih bau ibu. Perasan tak kalau ibu takde, anak pun takde minta nenen. Tapi kalau dah nampak ibu terus melekat minta nenen.

Jadi lepas tidurkan anak, ibu perlu asingkan tempat tidur. Sebab kita nak hilangkan ketagihan dia.

Contoh; ibu tidur kat katil tapi anak tidur kat tilam. Atau letak anak tidur di sebelah ayah. Asalkan bukan tidur sebelah ibu.

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#5) BANTUAN DAN SOKONGAN SUAMI
Ibu nak putus susu ni bukan senang. Suami pun kena main peranan kalau nak berjaya. Bila anak dah menangis nak susu, suami yang perlu pujuk anak. Ibu tak bole dekat dengan anak, sebab anak akan menangis lebih teruk.

Suami boleh bawa anak pusing-pusing jalan dengan kereta hingga anak lena sendiri. Waktu petang bawa ke taman, biarkan anak main sampai penat. Supaya malam lebih senang dia nak tidur.

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#6) SEDIA MENTAL DAN DOA
Part ni kak ekin nak bagitahu, ibu perlu ada persediaan mental yang cukup. Setiap kali anak meraung, ibu perlu kuat. Terangkan pada anak yang ibu sakit sebab tu tak boleh nak bagi. Tapi kak ekin faham, sebagai ibu kita kadang-kadang lemah jugak nak lawan. 

Berdoa setiap kali solat supaya Allah permudahkan proses penceraian susu badan dengan anak.

7 TIPS PUTUS SUSU BADAN YANG TERBUKTI BERKESAN

#7) LETAK BENDA ASING PADA NENEN
Yang ni memang cara femes yang selalu ibu buat tiap kali putus susu. So bawah ni kak ekin senarai benda yang boleh ibu cuba.
– Sirap ( Bagitahu nenen ibu dah berdarah, jadi sakit tak boleh nak bagi susu. Jangan letak sirap tu sikit sangat. Letak je keliling breast supaya dia takut ).
– Calitkan sikit makanan pedas, pahit atau kebas. Macam jadam, air cili, gambir, peria, halia.
– Letak minyak cap kapak. Kat puting dan keliling breast supaya mulut berangin & mata pedih. 

Jangan letak banyak sangat sampai datangkan mudarat pada mulut dan tubuh anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *