7 TUGASAN SUAMI MASA ISTERI DALAM PANTANG

7 TUGASAN SUAMI MASA ISTERI DALAM PANTANG

TUGAS dan peranan suami masa isteri dalam pantang ni sangat penting! Kalau bukan suami yang jaga siapa lagi kan? Masa isteri dalam pantang lah, si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik. Dah penat mengandung dan melahirkan anak. Apa lagi kalau yang berpantang sendiri. Si isteri perlu mengambil masa untuk pulih semula sepenuhnya. Jadi, mereka memerlukan bantuan suami dalam beberapa perkara.

Contohnya;

1. Bantu isteri/dukung isteri kalau dia perlu di angkat.

Perbuatan ini amat membantu terutamanya jika isteri baru bersalin melalu pembedahan. Bayangkan betapa sakitnya untuk mengangkatkan badan dari katil dengan luka pembedahan caeser! Jadi, semoga suami boleh membantu dalam bab ini, ya?

2. Mandikan baby/siapan air mandi untuk mak baby

Jangan lupa luka isteri masih sakit. Sebaik-baiknya, si isteri tak banyak gerak untuk mengelakkan urat tersentak. Jadi apa salahnya sebagai suami tolong mandikan anak pulak ye. Jangan cakap takut atau tak reti! Tak kan angkat besi mampu pulak nak angkat yedak?

Lepas mandikan baby pulak, siapkan lah air rebusan herba untuk mandikan mak babynya pulak. Jangan pilih kasih pulak, baby di mandikan maknya tak hehehe.

3. Suap isteri

Suaplah si isteri. Tunjukkan betapa banyak awak menghargai pengorbanannya. Rasa dikasihi ini boleh mengurangkan risiko isteri meroyan dan kemurungan. Takkan masa bercinta je nak suap menyuap ni kan hehe.

4. Tolong cuci dan sidai baju

Jangan biarkan isteri keluar menyidai baju, sebab akan mendedahkannya kepada angin. So, ambiklah tugas ni sampai isteri habis pantang. Jadikan tugas ini sebagai tugas suami ketika isteri dalam pantang, agar badan si isteri tidak masuk angin.

5. Masakan untuk isteri

Isteri kan dah berjaga anak sepanjang malam? So, tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk memastikan si isteri makan dengan baik untuk membina semula tenaga untuk menjaga anak walaupun tidur malam terganggu dan tidak cukup rehat.

Buatkan air rebusan herba atau jus ke, untuk buat isteri rasa betul-betul di hargai. Sebab jaga emosi isteri masa dalam pantang ni adalah lebih utama.

6. Sentiasa ingatkan isteri

Pastikan isteri sentiasa menjaga pantang seperti pakai param, stokin, dan lagi baik kalau si suami yang tolong sapukan minyak panas ke kaki isteri sebelum pakai stokin.

7. Kalau ada anak lain. Jangan abaikan mereka

Ambik alih jaga anak-anak supaya isteri dapat berehat sengan selesa terutama yang dapat cahaya mata rapat. Lepas tu carikan bidan atau tukang urut, pastikan isteri dapat diurut paling kurang 3x seminggu.

Jadi pada semua suami-suami di luar sana. Please hargai isteri-isteri anda semua. Hargai setiap pengorbanan besar untuk memberi anda zuriat.



Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *