8 kebaikan yang ada pada kurma

Siapa yang suka makan kurma, cuba angkat tangan?

Siapa yang tak suka makan memang rugi! Banyak manfaat yang ada dalam kurma, terutama untuk ibu yang tengah berbadan dua atau tengah menyusu.

Nak tau apa? Jomm baca jat bawah ni, semoga bermanfaat ye untuk semua 😍

1) GULA – mengandung memerlukan tenaga yang sangat banyak maka, gula adalah pembekal tenaga yang paling cepat!

(2) PROTEIN – protein mengandungi asid amino yang mana merupakan ‘building blocks’ badan kita. Walaupun badan kita menegang dan membesar untuk disesuaikan dengan tumbesaran bayi, macam tu jugaklah fetus. Untuk menyokong proses ini, badan kita memerlukan protein yang cukup.

(3) FIBER – kurma membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan juga mengatasi sembelit. Sakit wooo nak cangkung lama-lama ngan perut memboyot camni. Kurma juga membantu mengurangkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes dan melindungi ibu-ibu dari jangkitan penyakit. Ia juga membantu mengawal berat badan dengan mengurangkan rasa lapar. Heeee… tak adalah ibu-ibu naik berat badan mendadak.

(4) FOLAT- folat atau asid folat membantu dalam membentuk sel baru dan menghalang anemia. Ia membantu dalam menghalang kecacatan kelahiran yang mana boleh merosakkan otak dan tulang belakang bayi yang baru lahir seperti spina bifida dan anencephaly.

(5) VITAMIN K – vitamin K memainkan peranan penting dalam pembekuan darah dan dalam menguatkan tulang. Bayi dilahirkan dengan paras vitamin K yang rendah maka bantuan dari ibu semasa mengandung sangat penting.

(6) ZAT BESI – Zat besi memainkan peranan penting dalam proses metabolik. Bersama-sama dengan molekul globin, zat besi membantu menyampaikan oksigen kepada seluruh sel dalam badan. Ia penting semasa mengandung kerana zat besi merupakan bahagian yang menyepadukan myoglobin, collagen dan enzim. Ia juga mencegah anemia.

(7) POTASSIUM – potassium merupakan elektrolit paling penting dalam badan. Ia membantu mengawal tekanan darah dan jumlah air semasa proses mengandung selain menjaga kesihatan jantung, salur penghadaman dan mengoptimakan fungsi otot. Kekurangan potassium boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

(8) MAGNESIUM – magnesium membantu dalam pengangkutan aktif kalsium dan ion potassium melalui membran sel yang mana membantu dalam kontraksi otot dan ritma normal jantung. Ia juga membantu dalam pembentukan gigi dan tulang serta membantu mengawal paras gula. Kajian juga menyatakan bahawa pengambilan magnesium yang tidak cukup semasa mengandung boleh meninggikan tekanan darah, kecacatan hati dan buah pinggang serta penglihatan yang kabur.

But MOST OF ALL, makan kurma ni akan mengurangkan proses nak meneran tu sebab ia menyebabkan serviks kita mudah mengembang! InsyaAllah.. semoga aku dan para ibu yang sedang mengandung dan bakal bersalin nanti dipermudahkan segalanya oleh Allah swt. InsyaAllah.. Amiinn!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *