9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

Lepas kisah menyayat hati yang berlaku semalam, ramai ibu seakan trauma dengan pengasuh. Hingga ibu sanggup benti keje bagi menjaga anaknya sendiri.

Hakikatnya kehidupan kita semua tak sama. Keperluan hidup menuntut ibu agar turut keja bagi mencari rezeki.

Siapa yang tak sayang anak? Mana ada ibu yang suka biarkan anak pada pengasuh melainkan terpaksa kan?

Jadi, Kak ekin cuba kongsikan beberapa tips sebagai panduan ibu semua dalam memilih pengasuh yang terbaik bagi anak.

9 TIPS dibawah berdasarkan pengalaman kak ekin dan ibu yang lain. Alhamdulillah, pengasuh yang kak ekin dapat sayangkan anak kak ekin seperti anaknya sendiri.

Moga bermanfaat dan moga urusan ibu semua dipermudahkan. Aaminn.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

1) PENGASUH MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM

Bagi yang beragama Islam, seeloknya cari pengasuh yang punyai perwatakan, percakapan dan tingkahlaku yang baik.

Cari yang patuh solat dan menjaga aurat.

Sedikit sebanyak boleh pengaruhi anak-anak kita.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

2) PENGASUH DARI ORANG YANG DIKENALI

Sebaiknya cari Pengasuh yang kita kenal supaya pengasuh lebih rasa bertanggungjawab.

Sekiranya susah untuk dapat pengasuh yang kita kenal, ibu cari yang berdekatan dengan tempat kita supaya cepat kita nak dapat khabar.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

3) PERIKSA KEADAAN RUMAH/TEMPAT ASUHAN

Sebelum kita setuju untuk letakkan anak pada Pengasuh, tolong periksa dulu keadaan rumah tu macam mana. Adakah selamat rumah tu untuk anak kita.

Periksa samada kawasan rumah semak atau tidak, barang tajam berada dikawasan tinggi atau tak dan barangan kecil tu. Risau jugak kot-kot anak tercekik.

Kalau boleh datang periksa rumah secara mengejut. Supaya pengasuh tak sempat mengemas rumah. Kalau maklumkan lebih awal kedatangan kita, memanglah dia akan cuci 1 rumah bersih.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

4) KUANTITI ANAK ASUHAN

Tengok berapa ramai anak asuhan yang diasuh. Kalau boleh cari pengasuh yang mengasuh maksimum 3 kanak-kanak je.

Kalau ramai nanti tak sempat dia nak pedulikan anak kita. Orang perempuan ni bila penat, dia boleh meroyan macam-macam.

Ditambah pulak anak asuhan yang bermacam-macam ragam. Kaki tangan pun tak cukup nak uruskan. So, jadilah perkara yang tak diingini.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

5) KENALI PERSONALITI PENGASUH

Jangan Kenal pengasuh hanya sekadar dalam handphone atau online facebook. Jangan ye.

Tolong jumpa pengasuh dan beramah mesra secara berdepan supaya kita tahu macam mana cara mereka bila berhadapan dengan kita.

Tengok cara percakapan, tingkahlaku dan perwatakan pengasuh dan gaya mereka bila menjaga anak yang lain.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

6) WAKTU HUJUNG MINGGU

Sebelum letak anak, tanya dulu samada hujung minggu pun mengasuh atau tak. Bukan main letak je anak kita.

Kalau dia bersetuju nak mengasuh hari minggu ok lah, kalau dia taknak jangan dipaksa. Takut nanti mengasuh anak kita dalam keadaan terpaksa pulak.

Pengasuh pun manusia biasa jugak, kalau setiap hari bekerja dan mengasuh, memang otak pun beku.

Mana tahu, waktu hujung minggu mereka mahu luangkan masa dan hilangkan stress seketika.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

7) SPOT CHECK

Cuba kerapkan buat spot check. Contohnya, waktu lunch ambil masa pergi tengok anak ok ke tak. Tak pun kalau balik awal, terus pergi tengok keadaan anak.

Macam yang Kak ekin cakap, jangan beritahu pengasuh yang kita nak jenguk anak waktu lunch. Dah nama spot check, memang tak beritahulah kan.

Kalau boleh, letak anak seminggu awal dari tarikh ibu mula bekerja. Jadi mudah la sikit ibu nak lakukan spot check. Takde la selalu minta izin bos keluar ketika kerja.

Waktu ibu datang tu, bawalah buah tangan untuk diberi pada Pengasuh. Takde la pengasuh rasa bengang bila ibu datang menggangu ketika dia sedang bekerja.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

8) BERTANYAKAN KEADAAN DAN MASALAH DALAM MENJAGA ANAK

Sentiasa tanya samada anak tidur ok ke tak. Ada buat hal ke tak.

Minum susu, selera makan anak dan semualah.

Cuba tanya pengasuh samada dia ada masalah atau tidak dalam menjaga anak. Kadang-kadang pengasuh ni ada sesuatu nak bagitau tapi mungkin segan, so kita kena mulakan dulu.

9 PANDUAN CARI PENGASUH YANG BAIK

9) TESTIMONI PARA IBU

Kalau ragu-ragu lagi, cuba survey dengan ibu-ibu yang pernah hantar anak kepada pengasuh yang kita inginkan tu.

Tanya pendapat mereka macam mana dengan pengasuh ni. Ok ke tak. Baik ke tak. Apa-apa jelah.

Bertanya tak salah untuk kebaikan anak-ana


Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *