9 tips memberi makanan kepada bayi.

Uolls yang pertama kali ingin memberi bayi makan pasti berasa teruja, betul tak? Tetapi ibu-ibu kena ingat usia minimum untuk memberi bayi makan adalah bermula dari usia bayi 6 bulan. Jika kita beri makanan sebelum usia tersebut ianya akan menyebabkan usus tersumbat kerana usus bayi yang belum matang tidak mampu memproses bahan pejal.
Ada 9 TIPS yang boleh diikut sebagai panduan memberi makan kepada bayi.

1. Beri makanan yang tiada rasa sebagai permulaan,kerana pengenalan kepada perut dan usus bayi supaya perut bayi tidak ‘terkejut’.
2. PUREE – makanan yang bertekstur halus. makanan yang boleh dijadi kan ‘puree’ seperti epal, labu kuning, pisang, sayur bayam, brokoli, asparagus dan kentang.
3. Elak penggunaan bahan perisa tambahan seperti gula, garam atau ajinomoto. Jika mahu ada rasa jugak gunakan dari sumber sayuran atau ikan. Misalnya masin dari ikan bilis. Menis/Masam dari buahan dan sayuran seperti kentang, brokoli, tomato dan lain-lain.
4. Selang-seli makanan ruji (nasi) dengan buah-buahan, tapi masih dalam bentuk ‘puree’. Kerana buah-buahan membantu dalam proses perkumuhan, boleh mengelakkan sembelit.
5. Beri makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi banyak kali, kerana saiz perut bayi kecil. Contoh Beri kekerapan 1 – 2 kali sehari pada awalnya, kemudian ditingkatkan 2 – 4 kali sehari bergantung kepada keperluan bayi.
6. Beri makan pada waktu yang sama.
7. Pastikan bayi dalam keadaan selesa ketika makan. Posisi baring atau duduk bersandar. Tetapi kalau baring pastikan kepala dialas dengan bantal bagi mengelakkan bayi tersedak.
8. Pastikan bayi tidak ada alahan kepada sesuatu makanan. Caranya dalam masa 3-4 hari bagi makanan yang sama, kalau tiada kesan alahan bolehlah diteruskan bagi makanan tersebut.
9. SABAR amatlah penting dalam proses memberi makan pada bayi, ini kerana ada kemungkinan bayi akan menolak jika diberi makan.

Jangan putus asa dan cepat mengalah. Lebih mudah jika permulaan di campur dengan susu ibu. Jjangan bimbang anak takkan menyusu bila kenyang. Beri ruang pada bayi untuk suaikan diri dan susukan bayi seperti biasa. Tambah manfaat #milkupcandy bersama suapay uolls dan baby menikmati rasa kasih sayang yang lebih seronok.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *