ANAK KECIL SELALU MERAGAM DAN MERENGEK

Tangisan,merengek atau meragam adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu. .
Sebagai ibu atau bapa ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah anak lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Sebab kadangkala anak yang menangis ni sendiri tak tahu apa yang dimahukan. PERHATIAN, mungkin?
.
Namun, ibu bapa boleh mencuba beberapa kaedah ini:
.
1) Bagi setengah bayi, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari yang bersih boleh memberi ketenangan. Biarkan anak menyusu atau biarkannya menghisap jari seketika.
.
2)Anak-anak kecil akan merasa tenang dan nyaman kerana boleh mendengar denyutan jantung ibunya ketika memeluk erat anak. Membedung juga boleh dilakukan supaya anak berasa selamat dan tidak mudah terkejut waktu tidur.
.
3) Anak-anak kecil boleh ditenangkan samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. .
.
4) Melakukan urutan,menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Untuk kes kembong perut, kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok.
.
5) Zikir & nyanyian yang slow juga boleh menenangkan anak kecil ini. Ibu bapa boleh mencuba Zikir perlahan-lahan sehingga anak tertidur.
.
6) Sekiranya anak selalu sangat menangis, bawalah berjumpa dengan doktor atau ke pusat pengubatan Islam.
.
.
Setiap anak adalah berbeza kemahuannya. Namun apabila kita dapat mempelajari dan memahami anak, ini pasti mudah untuk hari-hari yang mendatang. Yang pasti, ini semua hanyalah proses. Maka jangan sesekali mengalah dalam mendidik dan melayani anak.
.
.
#happyboo #naturesworldresources #happyboohq#agendiperlukan #flucure #coughcure#naturalbabyproduct #baranganbayi#kedaibaranganbayi #beauty #health #organic#tipskesihatan #happyboolovers #babyshop#momandbabyshop #natural #bazaarpaknil #bazaar#herbal #produkbaby #productnatural #viral#testimoniberkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *