Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

Anak kerap sembelit, kenapa ya?

Cakap berkenaan sembelit ni, Kak ekin paling kesian bila tengok anak meneran je tapi tak keluar.

Untuk anak yang menyusu badan, sembelit jarang berlaku dan mula terjadi bila mereka dah mula makan makanan pepejal.

Bagi anak yang menyusu fm, perkara ni kerap sangat berlaku walaupun dah berkali-kali tukar susu formula.

Jadi, harini Kak ekin nak kongsikanlah sedikit perkongsian daripada pakar Pediatrik, Dr. Hairin Anisa Tajudin. Kata beliau, hanya tukar diet pemakanan anak je.

Jom ketahui apa yang sebabkan anak sembelit serta diet pemakanan betul dan tepat yang boleh dipraktikkan.

Semoga bermanfaat.
.
.
.
Jangan lupa #follow dan #seefirst Nurasykin Ali serta tekan butang #sharesupaya lebih ramai yang tahu perkara ini.

Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

1. SUSU FM DAN TERLALU BERGANTUNG DENGAN SUSU FM

Susu formula terutamanya yang mempunyai kalori yang tinggi akan menyebabkan anak selalu rasa kenyang, penghadaman susu FM lambat dan anak lebih suka kerana tidak perlu susah payah nak mengunyah. Hisap pastu telan je.

Menurut Dr. Hairin, susu FM ni merupakan tepung yang mempunyai campuran kanji seperti corn starch, jadi sebab itulah najis akan menjadi keras seperti digam.

Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

2. KURANG MINUM AIR MASAK

Air masak yang dimaksudkan bukan pelbagai jenis air tau, ianya betul-betul air kosong.

Ramai ibu yang menjawab dah beri air masak, tapi kuantiti yang diberikan setiap hari tak mencukupi. 

Air masak penting untuk melembutkan najis didalam usus. Jadi, jika badan kekurangan air, makan najis akan keras dan kurang air.

Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

3. KURANG PENGAMBILAN FIBER ATAU SERAT

Ambil serat tapi tak mencukupi.

Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin adalah berserat tinggi dan merupakan makanan yang bagus untuk perjalanan usus.

Ada juga ibu yang cakap dah masukkan sayur dalam hidangan anak, tapi satu jenis je. Acaner?

Ada juga yang cakap kentang tu tergolong dalam kategori sayur. Salah tau. Kentang merupakan makanan berkanji dan boleh menyebabkan najis keras. Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).

Ada yang beli serat daripada farmasi sedangkan serat boleh je didapati daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin yang asli.

Ada juga yang ingat susu FM berlabel IT (improve transit) kononnya untuk kanak-kanak sembelit. 

Tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat dan minum air masak.

Anak kerap sembelit, kenapa ya? sering meragam bila sembelit

4. SETELAH PUTUS SUSU (BAGI YANG MENYUSU BADAN)

Setelah putus susu biasanya umur 2 tahun, gantikan dengan susu fresh milk atau susu UHT (Full Cream)

Pada umur sebegini, mereka sepatutnya dah tak perlu bergantung dengan susu semata-mata, jadi cukup 3 kali susu je setiap hari.

Selebihnya berikan makanan seperti cheese dan yogurt serta makanan lain yang semulajadi.

tips ini baik untuk si ibu yang baru ada bayi. mungkin tak tahu macam mana nak mengatasi. jadi ilmu ni boleh diguna pakai juga jika terjadi pada diri si ibu yang melihat anak sembelit. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *