ANAK KURANG AJAR SUKAR DIBENDUNG?

ANAK KURANG AJAR SUKAR DIBENDUNG?

Akak nak kongsikan 5 TIPS DIDIK ANAK SOPAN SANTUN DARI KECIL!

Sebagi ibu/bapa tugas kita bukan hanya bagi mereka makan dan tempat yang selesa. Ada yang lagi besar dari tu, ya itu tanggung jawab dalam mendidik untuk menjadikan mereka anak yang berakhlak.

Dalam mendidik ni, kita jangan harapkan 100% pada cikgu, pengasuh atau penjaga. Jangan! Semua tu kene di mulakan dengan kita di rumah, yess dari rumah.

Jom baca penerangan dan tips disetiap gambar 

-dikongsikan oleh aizah zarirah-

1. Contohkan teladan yang baik dari rumah

Kita hanya boleh bermimpi kalau nak tengok anak bersikap sopan santun. Tapi, di rumah kita tak pun menunjukan sikap itu. Kita kena sedar, Pendidikan yang paling berkesan adalah dengan contoh dan teladan di rumah. Sejak kecik kita ajarkan anak kita dengan sikap sopan santun dengan contoh sendiri. Tanpa perlu berkata pun anak akan melihat sendiri bagaimana seharusnya bersikap, lagi-lagi kalau anak masih baby mungkin dengan kata-kata anak tidak terlalu faham. Jadi, mulailah bersikap sopan santun dan menjadi orangtua yang memberikan teladan.

2. Terima kasih, Tolong Dan Maaf, Ini adalah tiga kata basic yang ada dalam sikap sopan santun.

Kita kena biasakan dekat rumah kalau meminta sesuatu pada anak kita kena sertakan dengan menggunakan kata “tolong”. Dan kalau kita buat salah, salah kecil atau besar, sengaja ataupun tidak, gunakan kata “maaf”. Jangan lupa gunakan perkataan “terima kasih” kalau anak melakukan sesuatu untuk kita

Tak susah kan? tapi itu akan sangat berpengaruh bagi anak kita. Ajarkan juga kata-kata lain macam ucapan salam dan lain, cara mendidik anak dengan membiasakan kata-kata dan bahasa seperti itu cukup efektif bagi anak.

3. Mengamalkan sikap sopan santun dengan belajar sambil-sambil bermain

Sekiranya anak kecil, jemput dia untuk memainkan peranan. Budak-budak ni biasanya suka bermain peranan dengan kawan-kawan sebaya mereka. Kita gunakan pulak peluang ini untuk mempraktikkan adab mereka. Sebagai contoh, amalan ini memainkan peranan sebagai tetamu dan menjadi tuan rumah dengan anak-anak, ajaran mengenai cara menjadi tetamu yang sopan, mengajar juga anak-anak bagaimana menjadi tuan rumah yang baik.


4. Yang paling penting adalah tidak perlu bosan mengingatkan anak dan jangan bosan berlatih secara konsisten!

Dah namapun budak-budak, mereka masih selalu lupa dan tidak cukup untuk diajar sekali untuk bersopan santun. Jangan marah, jangan bosan untuk kita ingatkan mereka dengan lembut, mengajar anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mereka tak akan pernah faham, sebab ibu bapa tak konsisten di mata kanak-kanak. Jangan biasakan menjerit walaupun di rumah, anak-anak akan mengikut tabiat buruk kita ni. Ingat, bercakap dengan anak kena berlemah lembut , bukan macam Tarzan menjerit, kat rumah bukan hutan ok! Contoh dekat di meja makan, ajar mereka untuk bercakap dengan suara yang perlahan, atau pun jangan bercakap semasa makan.

5. Kenalkan nilai-nilai moral dalam Agama sangat penting untuk perkembangan keperbadian anak.

Bagaimanapun Agama adalah tonggak yang sangat penting bagi semua manusia. Memperkenalkan Anak Kita dengan Agama sejak mereka masih kecil, nilai moral dalam Agama sangat penting untuk perkembangan kepribadian anak ketika dia membesar.

Mengaji depan anak, solat depan anak. Kurangkan main fon, kalau boleh lebihkan bercerita tentang nabi-nabi dan sejarahnya. Banyak sekarang buku-buku agama dengan corak dan gambar yang menarik perhatian anak-anak.

Apabila anak kita membuat kesilapan, pastikan tegur anak dengan suara yang terkawal. Pandang pada mata dan letakkan tangan kita di atas bahunya semasa memberi nasihat. Isyarat ini menunjukkan kalau kita membetulkan dan mengajarkan kesalahannya Dan, bukan kerana kemarahan.

Kesopanan yang ditunjukkan kepada anak-anak akan menunjukkan betapa berharganya seorang anak di mata ibu bapa. Dan, ibu bapa mahu anak-anaknya belajar dari kesilapan mereka dan selalu mendengar nasihat orang tua. Lepas tu, anak-anak pun juga akan menjadi orang dewasa yang boleh menghormati keluarga dan menghormati orang lain.

Mommy-mommy pernah tak perasan kenapa anak-anak boleh bersikap sopan? Sebabnya, kerana mereka membesar dalam persekitaran yang memberi mereka kesopanan.

Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *