APA ITU “BREASTSLEEPING”?

APA ITU “BREASTSLEEPING”?

‘Breastsleeping’ ini adalah ungkapan yang diberikan oleh James McKenna iaitu seorang pakar tidur, bermaksud menyusukan bayi semasa ibu dan bayi tidur. Maknanya ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sangat digalakkan untuk berkongsi katil atau tidur bersama bayi sekali. Mengapa pakar ini kata ia sangat bagus? Ini antara sebabnya.

1. Berkongsi katil dengan bayi yang disusukan adalah perkara biasa, normal dan sihat.

2. Ibu menyusu secara psikologi sudah biasa dengan bayi mereka, jadi ibu akan tidur tidak terlalu lena pada waktu malam supaya mudah terjaga sekiranya ada yang tidak kena pada bayi.

3. ‘Breastsleeping’ sangat bagus kepada ibu menyusu kerana ia dapat memastikan penghasilan susu ibu sangat tinggi sebab bayi yang tidur dengan ibu akan lebih kerap menyusu pada waktu malam, maknanya ibu akan menyusukan dalam tempoh masa lebih panjang.

4. Hubungan positif antara penyusuan lanjutan dan berkongsi katil kini semakin dipercayai di mana mereka yang mengamalkannya mengakui amalan tersebut banyak kebaikan.

5. ‘Breastsleeping’ sebenarnya menjamin ibu tidur lebih lena kerana walaupun bayi kerap bangun di tengah malam, tetapi bayi akan lebih mudah terlena semula dan sudah tentu ibu juga tak perlu berganjak dari katil untuk menjenguk bayi.

6. Tidur bersama bayi sekatil hanya dicadangkan kepada ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu sahaja. Jadi tidak timbul isu bahaya kepada bayi. Ini kerana ibu menyusu lebih mudah terjaga berbanding ibu memberi bayi susu formula. (Ini bukan satu serangan kepada mana-mana pihak kerana menyusukan atau tidur dengan bayi adalah pilihan masing-masing).

7. Kajian mendapati bahawa berkongsi katil bukanlah satu risiko yang nyata jika dilakukan dengan selamat, dan selepas tiga bulan, berkongsi katil dengan bayi sebenarnya bersifat melindungi.

Rupanya menyusukan bayi ketika waktu tidur banyak manfaatnya. Ikatan kasih yang mengalir mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Amalkan #milkupcandy supaya susu kekal terbaik buat anak.

#milkupcandyhq
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *