APA YANG DI KECIL BUAT DI DALAM PERUT SELAIN MENENDANG

APA YANG DI KECIL BUAT DI DALAM PERUT SELAIN MENENDANG?

Saat pertama kali tahu kita hamil. Terujanya bila rasa hadirnya seorang lagi insan yang ada dalam rahim. Tentu pergerakannya menjadi tanda tanya, bila boleh rasa.

Jom ketahui apa yang bayi lakukan saat dalam kandungan. 

1. Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi mula membuat pergerakan am seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.

2. Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.

3. Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.

4. Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.

5. Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.

Secara beransur-ansur, pergerakan bayi menjadi cukup kuat untuk kita merasainya. Tidak lama selepas itu, kita akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Untuk memastikan bayi sihat dan baik, pemakanan dan aktiviti harus di jaga rapi. Untuk bantu perkembangan dan pertumbuhan bayi, boleh juga amalkan makanan tambahan seperti #milkupcandy. Ia juga membantu merangsang kalenjar susu tau. Banyak beri manfaat buat ibu dan anak.

#milkupacandyhq
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *