apa yang terdapat dalam susu ibu?

apa yang terdapat dalam susu ibu

Susu ibu adalah susu yang paling menakjubkan dan hebat dibanding khasiat makanan lain. Kebaikan susu yang mampu membina antibodi bayi membuatkan ramai memilih untuk memberi susu ibu walaupun sibuk dengan kerjaya. Ia juga memberi kesan positif bagi jangka masa panjang. Mari kita korek khasiat di sebalik susu ibu.

 

Uolls tahu tak terdapat 87.5% daripada susu ibu adalah kandungan air. Laa. Air rupanya. Tapi dengan kandungan air yang banyak ni, uolls tak perlu risau baby tak cukup air dan baby uolls pun tak perlukan cecair lain kerana susu ibu sangat mencukupi mengikut keperluan bayi walaupun berada dalam keadaaan cuaca panas.

Dalam susu ibu ada karbohidrat tersembunyi. Pelik? Laktosa adalah kabohidrat utama dalam susu ibu dan berfungsi sebagai tenaga untuk otak. Di sebabkan susu ibu juga, sangat jarang bayi yang minum susu ibunya terkena sembelit. Hal ini kerana penyerapan laktosa susu ibu lebih baik dibanding laktosa susu lembu. Kadar karbohidrat dalam kolostrum tidak terlalu tinggi tetapi jumlahnya meningkat terutama laktosa pada susu ibu setelah melahirkan 7-14 hari. Selepas itu kadar karbohidrat susu ibu relatif stabil.

Selain itu, terdapat juga protein, lemak, vitamin dan mineral. Masing-masing juga tinggi kandungannya dalam susu ibu. Maka tak hairan jika anak yang menyusu susu ibunya memiliki tubuh badan yang lebih sihat dan memiliki otak cerdas dan cerdik. Jika kita mahu susu kekal penghasilannya hebat, tak salah jika tambah dengan khasiat #milkupcandy. Makannan-makanan Sunnah yang terkandung sangat membantu memberi kelebihan bukan sekadar pada ibu sahaja, bayi juga turut dapat manfaatnya.

penyusuan ibu, tips penyusuan, susu badan, susu meriah, penggalak susu, bagaimana cara membanyakkan susu, produk sunnah, pekatkan susu, tips susu banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *