Bahaya ke Bayi Kurang bergerak ?

Bahaya ke Bayi kurang bergerak pada usia kandungan 32 Minggu?

 

Okay, tarik nafas dalam-dalam dan bawak bertenang okay mommy-mommy semua. Salah satu perkembangan janin 32 minggu ialah mereka sudah memiliki kitaran tidur. Sebab itu mommy makin kurang merasakan mereka bergerak.

“Comel pulak kan pandai tidur hehe. “

Mommy kena ambik tau, Setiap aktiviti janin bergantung kepada kitaran tidur 20 ke 40 minit. Ini antara perkembangan janin 32 minggu lain yang mommy perlu tahu.

Macam mana ye kak eja perkembangan janin 32 minggu sekarang?

Dalam minggu ini, bayi mommy dah boleh:

1. Menelan, bernafas, menendang dan menghisap.

2. Sistem penghadamannya juga sudah terbentuk dengan sempurna dan sedia untuk berfungsi.

3.Kulitnya kini dah tak telus lagi Ia lebih legap sekarang.

4. Bayi dah boleh tidur dengan kitaran 20 hingga 40 minit.

Tips kali ini admin ambil daripada Facebook Aizah Zarirah..

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *