Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil?

Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil?

Kak ekin sendiri pun nyaris nak dapat GDM ketika hamil anak yang ketiga. Ianya disebabkan oleh badan ibu kekurangan insulin yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.
Menurut Dr. Muhammad Izzat, kebiasaannya GDM ni akan hilang selepas melahirkan anak. Tapi, ibu yang pernah mempunyai sejarah GDM berisiko tinggi untuk hidap penyakit ni pada masa akan datang.
Sebab tu setiap kali kehamilan, ibu-ibu perlu melalui ujian kencing manis. Ibu disuruh berpuasa dan dipaksa minum air gula keesokan pagi.
Memang loya betul tekak kak ekin nak menelan. Sampai terpaksa minum sambil tahan nafas.
Tapi, masih ada ibu yang mengelat nak buat ujian kencing manis. Mungkin mereka belum tahu tentang bahaya kencing manis ketika hamil.
Jadi jom kak ekin kongsikan risiko GDM menurut kata Dr. Muhammad Izzat seorang registrar obstetrik dan gineakologi yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil? 1

Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, bayi akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, dan ibu diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin.

Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil? 2

Juga terdapat risiko ibu berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). 

Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil? 3

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil? 4

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Bahaya ke GDM atau kencing manis semasa hamil? 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *