Bahayakah pakaian ketat untuk ibu hamil

Baby membesar dengan jayanya. Jadi penampilan sebagai ibu hamil mesti nak ubah. Pakai seluar terasa sempit, pakai baju terasa ketat, pakai kain? Alamak! Sendat la pulak. Nak keluar pergi klinik nak pakai yang macam mana yang sesuai?

Masa awal kehamilan, mesti nurse tegur tentang pakaian. Sebaiknya jangan pakai seluar tapi ganti dengan kain. Bukan sebab memudahkan kerja cek CTG untuk baby, tapi juga supaya mudah bergerak. Ada juga sebab lain yang jadi punca mengenakan pakaian ketat tak di galakkan. Haa! Ilmu ni. Hadam baik-baik ye uolls.

1. PARASTHESIA. Apa tu? Parasthesia ni bilamana kita memakai pakaian ketat, ia merangsang rasa gatal, rasa seperti terbakar, geli-geli dan kadang-kadang rasa seperti ada yang menjalar kat kulit. Ini kerana perjalanan darah tidak lancar hingga oksigen dan dan nutrisi yang mahu sampai ke baby tidak sampai. Jadi baby ia mengganggu perkembangan baby malah denyutan jantung juga menjadi lemah.

2. HEARTBURN. Masuk trimester ketiga, mesti nafas rasa sesak. Tak kira duduk atau baring. Inilah yang di panggil heartburn. Ini kerana baby makin membesar menolak organ dalam ibu. Jadi bila ibu hamil berpakaian ketat, sesak nafas ini lebih terasa.

3. TIGHT PANTS SYNDROME (TPS) DAN DEEP VEIN THROMBOSIS (DVT). Tight Pants Syndrome hampir sama dengan gejala heartburn. Tapi tanda gejala ini seperti kebas, cramp hingga hilang rasa kaki. Jika ibu hamil terus dengan mengenakan pakaian ketat, ia membuatkan darah tak bergerak ke kaki atau Deep Vein Thrombosis yang menyebabkan darah terkumpul dan ibu sukar berjalan.

4. KANSER GANAS MELANOMA. Ia merupakan kanser kulit penyebab dari sinaran ultraviolet dari sengatan matahari. Mengenakan pakaian ketat atau terbuka berisiko pada ibu hamil untuk dapat penyakit ini. Tanda kanser ini ialah muncul bulatan hitam pada kulit atau seperti tahi lalat.

5. KEPUTIHAN. Pelik rasanya berpakaian ketat ketika hamil jadi punca keputihan. Tapi ia salah satu penyebab apabila aset kita terperap dan sukar bernafas. Apabila tak ditangani, infeksi tersebut dapat naik ke rahim dan menyebabkan penipisan selaput ketuban yang berhujung pecahnya ketuban. Pasti tak nak perkara ini berlaku jika suia kandungan belum capai tahap matang.
Kak ekin syorkan guna pakaian yang lebih selam
at dan elok. Paling mudah, ia longgar dan sesuai serta mengurangkan risiko pada baby. #milkupcandy hanya berusaha beri uolls yang terbaik. Ia cuma ikhtiar sampingan. Moga uolls dapat jaga baby uolls dan kekal sihat sepanjang kehamilan. Insyaallah.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *