Bayi kembung perut. Bagaimana nak atasi?

Anak menangis bukanlah perkara biasa jika menangis dalam keadaan begitu lama. Pasti perasaan khuatir ibu lebih memuncak. Boleh mati akal tak jumpa penyelesaian. Andailah baby boleh bercakap, pasti serta merta kita tahu masalah mereka. Namun, itulah ragam alam keibubapaan yang perlu di tempuh.

Bukan sesuatu yang mudah apabila baru sahaja bergelar ibu bapa, banyak dugaan yang harus di redah dan dari situ menjadikan kita ibu bapa yang prihatin terhadap anak berkat dari pengalaman yang banyak. Dan kembung perut bukanlah perkara yang mudah di selesaikan semudah memetik jari. Namun sebaiknya ibu bapa baru harus beringat supaya dapat mengelakkan eyebag bertukar kepada ” eye guni”.

Pelbagai cara digunakan bagi mengatasi masalah ini termasuklah pendekakatan menggunakan ubat atau tanpa menggunakan ubat. Simethicone dan gripe water antara ubat yang kerap digunakan sebagai penawar bagi masalah ini.

Simethicone membantu membebaskan gas yang terdapat dalam perut. Dos bagi simethicone bergantung kepada formulasi yang disediakan oleh syarikat pengilang. Kebiasaan, simethicone akan dicampur ke dalam susu dan diberikan kepada bayi.

Cara lain bagi membantu bayi yang mengalami kekembungan atau angin adalah memberikan gripe water. Ianya mengandungi Dill Seed Oil yang dipercayai boleh melegakan simptom angin dan boleh digunakan pada bayi berumur satu bulan ke atas. Selain itu, sapuan minyak yang sesuai dengan urutan yang lembut juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

Namun tak di nafikan, memgatasi masalah kembung perut ini sebaiknya di titik beratkan. Selalunya berpunca dari penyusuan yang kurang betul. Posisi ketika menyusu sangat penting dan kedudukan bayi ketika menyusu juga main peranan. Selain itu, ibu boleh amalkan teknik mengurut bayi dengan minyak sebaik sahaja selepas mandi.

Jadi ibu bpa harus berjaga-jaga untuk mengelakkan stress dan bingung bersama di malam hari. Pastikan kedah penyusuan itu betul. Apa pun, menyusu dengan berbekalkan khasiat #milkupcandy tenty mdngujakan.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *