Berpantang sendiri, mampu ke nak berpantang sendiri?

Berpantang sendiri, mampu ke nak berpantang sendiri?

Nak berpantang sendiri ni, semangat kena kental. Sebelum bersalin kena siapkan segala keperluan dan jadual.
Kak ekin pun berpantang sendiri jugak dulu sebab taknak susahkan mak. Alhamdulillah, dengan bantuan cik somi, berjaya berpantang dengan baik.
Berpantang sendiri ni tak susah kalau ibu plan awal-awal. Jangan pula tak berpantang, nanti urat sakit, longgar, keluar angin sana sini dan paling takut angin meroyan tu. Menyesal tak sudah nanti. Rahim jatuh lagilah sakit. Minta dijauhkanlah.
So, bawah ni ada beberapa tips yang Kak ekin nak kongsikan dari pengalaman sendiri.
.
.
.
.
.
#Follow dan #See First Nurasykin Ali untuk tak ketinggalan dapatkan info dan tips mengenai penyusuan susu ibu, penjagaan diri ibu dan anak.

1. BINCANG DENGAN SUAMI

Sebelum bersalin, Kak ekin akan siapkan list apa yang patut cik somi buat dan tampal kat dinding terus.
Dalam list tu, Kak ekin akan senaraikan tugasan seperti basuh baju, mandikan anak, kemas rumah dan siapkan makan.
Kalau bab jemur baju cik somi akan buat sebelum pergi ke kerja. 
Rahim kita ni masih lemah, jadi elakkan dari buat kerja yg perlukan ibu membongkok.
Jangan lupa lepas bersalin dan keluar hospital, suruh suami maklumkan pada nurse kat klinik supaya dapat pantau kita kat rumah.
(Scroll bawah untuk tengok senarai tugasan suami Kak ekin setiap hari. Hehe)

Berpantang sendiri, mampu ke? 1

2. TANDAS, KATIL DAN DAPUR BERHAMPIRAN

Bilik tidur ditingkat atas, Kak ekin akan pindahkan ke tingkat bawah berhampiran dengan dapur dan tandas. Nanti taklah susah sangat kalau dahaga air malam-malam. 

Lagipun Kak ekin ni jenis risau kalau naik anak-anak tangga ni. Kalau terjatuh nanti lain pulak ceritanya.

Berpantang sendiri, mampu ke? 1

3. STOK MAKANAN

Sebelum bersalin, Kak ekin akan siapkan terus menu berpantang dan lekatkan kat dinding supaya senang nanti Kak ekin dan suami nak masak dan beli barang-barang.
Kak ekin akan beli siap-siap lauk basah, sayur, dan sebagainya. Basuh siap-siap dan letak dalam bekas pastu susun dalam peti je.
Kalau tak larat, upah je jiran untuk masakan.
Jangan lupa sediakan stok makanan tengah malam seperti biskut, roti, milo dan sebagainya. Sebab ibu menyusu ni akan sentiasa rasa lapar.
(Menu berpantang seminggu Kak ekin ada selit kat bawah. Nanti scroll tengok tau)

Berpantang sendiri, mampu ke? 3

4. SEDIAKAN KEPERLUAN MANDIAN ANAK

Keperluan mandi anak memang Kak ekin sediakan awal-awal. Ya lah, baby baru lahir ni masih lembik. Jadi kena pegang betul-betul. 
Kak ekin beli jaring dan bekas mandi tu je. Bila ada jaring, lebih senang nak mandikan.
Mandian pula Kak ekin guna dari Boomi Baby sebab kulit bayi ni sensitif, jadi Kak ekin risau kalau guna mandian sebarangan, kulit anak jadi rosak. Kalau yang Boomi Baby ni selamat sikit sebab berasaskan bahan alami je.
Mandikan bayi tu sambil duduk bersimpuh depan pintu bilik air tau. Ianya lebih selamat supaya luka jahitan tak tertetas.
Berpantang sendiri, mampu ke? 4

5. PASTIKAN PAKAIAN BERADA BERHAMPIRAN

Letak terus pakaian bayi dan ubat-ubatan berhampiran tempat tidur. Letak je dalam bakul kat atas kepala. Senang nak capai baju anak, anak berak ke apa senang nak ambil tisu basah dan pampers.

Berpantang sendiri, mampu ke? 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *