BETUL KE AIR SELUSUH MUDAHKAN IBU BERSALIN?

BETUL KE AIR SELUSUH MUDAHKAN IBU BERSALIN?

Air Selusuh ini kalau ikut kepercayaan Melayu memang banyak kita dengar dan ramai juga orang zaman dahulu minum air dan minyak selusuh yang diambil dari Tok Bidan kampung.
Dari sejak ajali lagi kan bila nak dekat due date, orang akan suruh ibu mengandung untuk buat air selusuh bagi memudahkan proses bersalin kata mereka. Tapi je yang melarang, sebab katanya akan membuatkan kontraksi rasa lagi teruk.
“Aduhai mana satu yang betul ini?”
Air selusuh ni merupakan air yang dibacakan ayat suci Al-Quran. Lepas tu akan diberikan dekat ibu hamil bertujuan untuk memudahkan proses bersalin. Ada juga yang rendam akar Fatimah dari Mekah ke dalam air tersebut.
Tapi persoalannya kat sini betul ke memudahkan bersalin atau hanya buat rasa sakit tu lagi teruk?
Dari hukum Islam pulak air selusuh ni adalah HARUS selagi tak membabitkan jampi serapah yang tak mengikut landasan syariat.
Masih tiada kajian sains yang mampu dirujuk untuk membuktikan air selusuh membantu mempermudahkan kita bersalin. Semua tu hanya ikhtiar yang bersandarkan pada Allah SWT. Sebab itu, air ini menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
So, air selusuh ni memang bagus tapi ramai yang tak tau cara minumnya! jangan salah minum ye mommy-mommy sekalian.
Ok, cara yang terbaik untuk minum air selusuh ni sebaik sahaja mommy dah ada dekat labour room menanti saat-saat bersalin, janganlah pulak korang minum awal sebelum tarikh due nak bersalin! Aduhaii akibatnya? di saat waktu korang nak melahirkan, korang akan mengalami rasa sakit yang amat sangat macam nak bersalin sangat dah. Tapi bukaan tak bukak habissss sakit je lah yang lebih, tapi tapi jalan tak bukak. Akhirnya operation juga.
Pesanan akak juga baca la zikir ni dengan kerap;
Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin
(Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri)
Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyaAllah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.
Semoga perkongsian akak ni bermanfaat untuk bakal-bakal ibu di luar sana ye

sumber dari aizah zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *