BUBUR NASI KE PURI BUAH UNTUK ANAK?

bubur nasi ke puri buah untuk anakBUBUR NASI KE PURI BUAH UNTUK ANAK?

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah, pelbagi perkara harus dilaksanakan termasuklah penjagaan makanan anak2.Untuk ibu yang baru pertama kali, makanan pertama anak amatlah penting untu pembesaran anak.

Jadi Jom Admin kongsikan Pilihan yang terbaik , dan tips kali ini telah diambil daripada Facebook Aizah Zarirah, harap bermanfaat.

Kak eja sorang je ke yang excited nak bagi anak makan bila dah masuk 6 bulan?

Mesti mommy-mommy pun teruja juga kan? Tapi dalam keterujaan itu, kadangkala kita keliru nak bagi anak makan bubur nasi ke puree dulu? Sebagi ibu, kita semua mesti nak kan yang terbaik je untuk anak-anak.

Ramai yang cakap puree ni adalah makanan awal si kecik. Tapi bila tanya pakar, jawapanya BUBUR NASI!

Memang betul buah memang mempunyai gula semula jadi untuk memberikan rasa asli manis dalam makanan anak. Tapi susu ibu atau susu formula dah tersedia rasa manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan beri anak makanan yang manis seperti buah-buahan kalau baru pertama kali nak bagi anak makan.

“Kenapa kena bubur nasi?”

Sebab untuk elakan anak jadi picky eater! Picky eater ni anak hanya nak makan, makanan yang manis je tak nak yang lain dah!

Jadi akak nak share macam mana nak mulakan beri anak makan untuk baby enam bulan:

1. Mulakan anak dengan bubur nasi

Mulakan dengan satu ke dua sudu
• Mommy boleh mula menyuap anak dengan bubur nasi bayi 6 bulan. Biar si kecil itu mengenal rasa dengan satu atau dua sudu makanan tawar dan tak sedap.
• Dalam usia enam bulan ini anak itu baru nak kenal makanan. Jadi hari pertama berikan satu ke dua sudu. Esoknya naik tiga sudu. Lusa naik empat sudu hingga hari yang seterusnya. Sampailah anak suka makan.
• Jangan panik kalau anak muntah atau muak terhadap bubur nasi bayi 6 bulan ini. Yalah kan, dia baru saja nak mula makan jadi ibu jangan cepat putus asa untuk buat benda yang sama setiap hari dalam umurnya enam bulan ini.

2. Checking 4 days

• Lepas tu, pentingnya 4 days ini. Di mana selepas makan, mommy kena pastikan check pampers anak sama ada sembelit atau cirit. Takpun selepas makan ada tak naik ruam-ruam merah dan sebagainya.
• Contoh, bubur kosong, puri sayur, puri buah – 4dr pass.
• Lepas tu kalau dah lepas empat hari tersebut, tak ada sebarang gejala alahan muncul boleh tukar pada sayur dan buah-buahan lain dan buat juga 4dr.

3. Bubur nasi untuk deria rasa anak

Kalau anak dah diberikan makanan yang sedap dalam sehari dua. Kembali pula pada bubur nasi bayi 6 bulan ini supaya membantu deria rasa anak.
Bahkan pemakanan anak juga seimbang. Pendek kata, semua rasa dia boleh telan dan tak ada sebarang masalah.

4. Elakkan campur makanan

Kalau anak baru masuk enam bulan, elakkan bagi makanan yang bercampur supaya kita mudah nak detect anak ada alahan terhadap makanan yang mana satu.
Lebih baik kalau mommy perkenalkan satu persatu makanan dahulu. Kalau dah masuk tujuh bulan baru combine dengan dua makanan yang sesuai.

5. Elakkan makanan pembunuh selera anak

Sila pastikan untuk mommy elakkan beri anak makanan yang diproses, makanan segera, nestum, celerac dan lain-lain sebab ia akan membuatkan anak jadi picky eater. Malah ia akan membuatkan anak tak nak makan sayur, buah dan nasi. Percayalah lebih baik mommy elakkan dari beri makanan-makan macam tu.

Kredit : Facebook Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *