Cabaran semasa tempoh kehamilan

“Kepala ni rasa pening sangat. Tekak pun rasa kembang. Apa yang di makan keluar balik.”

3 bulan pertama kehamilan memang agak mencabar bagi akak. Dan ramai juga mommy-mommy yang mengalami perkara sama kan?

Nak bangun tak larat, nak makan loya, hidu bau ini nak muntah. Bak kata semua benda la tak kena.

Tapi kita ada dua pilihan layan alahan atau lawan.

Kalau pilihan mommy nak lawan, jom akak nak kongsikan 5 tips kurangkan rasa loya dan alahan di awal kehamilan.

Tips ni semua akak dah buat, memang menjadi. Yang basic ni la yang boleh lawan yang kronik!

Elok sediakan diri dengan ilmu & petua dari awal supaya

1. Mual & loya terkawal
2. Badan kita cergas
3. Kerja di pejabat & di rumah siap dengan cemerlang

Teruskan membaca untuk jawapannya 

Mak ayah kita cukup pantang betul, lepas makan baring. Apatah lagi kalau makan atas tilam. Boleh kena rotan dulu Ikut kajian, tidur mengiring sebelah kiri selepas makan akan mengganggu pencernaan.


Masa kita tidur, perut kita kosong. Elok sediakan makanan tepi katil. Ini sambungan tips tersebut. Jangan minum air kecuali selepas menjamah sedikit makanan. Perut kosong boleh menyebabkan rasa mual & muntah. Pastikan kita minum air kosong secukupnya untuk elakkan dehidrasi.

Antara punca loya adalah kerana perut kita kosong semasa tidur malam. Dan ini menyebabkan asid perut banyak. Sediakan buah, biskut atau makanan pengalas perut di tepi katil. Ini akan mengurangkan rasa lapar & asid perut. Bagi ibu hamil yang ada kencing manis, petua ini akan bantu kawal paras gula.

Makanan yang tinggi protein secukupnya. Contohnya seperti ikan. Ikan sumber protein yang bagus. Telur juga bagus. Protein akan membuatkan kita kenyang lebih lama & mengelakkan asid perut keluar dengan banyak. Pastikan jangan berlebihan. Kasihan buah pinggang kita


Buah buahan banyak khasiatnya. Cuma pastikan kita pilih buah yang tak berapa tinggi gula. Buah epal bagus. Buah pear pun banyak khasiat. Tetapi buah buahan yang tinggi gula seperti mangga dan durian. Nak makan kena ada brek ya.

Kena ingat mencegah itu lebih baik dari kita merawat. maksudnya, jangan terlalu memaksa badan melayan jika badan tak mampu. Mungkin ada kesan sampingan yang akan jadi. apa yang akak cuba buat cegah dengan ilmu dan petua yang boleh diguna walaupun tidak seberapa. Mungkin dapat membantu. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.


Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *