CARA BUAT TUNGKU BAYI SENDIRI

“Alahai, susahnya nak cari tungku bayi kat pasaran ni. Nak beli online macam dah tak sempat.”
.
Orang tua-tua cakap, bayi lelaki ni kena ada tungku supaya boleh dituam disekeliling alat sulit supaya tak terjadi ‘angin pasang’.
.
Haa, jadi kalau ibu jenis suka berjimat dan tak sempat nak cari tungku bayi ni. Meh Kak ekin ajar macam mana nak buat tungku bayi sendiri.
.
Kiranya buat DIY la gitu.

Cara-caranya ialah sangai lada hitam, halba, biji sawi dan habbatusauda sehingga berbau. Kalau tak lengkap semua bahan pun takpe, cukup sekadar yang ada je.

Tak pun, kalau takde jugak semua bahan tu. Sangai je beras.

Lepastu ambil kapas dan letakkan atas perca kain. Kemudian, letak bahan sangai tadi dan ikat seperti sup bunjut.

Lepas siap bolehlah tuam dibahagian perut, ari-ari, punggung dan dada anak tu. Nak letak daun sirih dalam tungku bayi tadi pun ok jugak.

Lepas selesai jangan buang tau. Kalau nak guna balik, panaskan tungku bayi atas seterika. Jangan terlalu panas, biar suam-suam je tungku tu.

Tapi ingat, sebelum tuam pada anak. Test dulu tungku tu pada bahagian lengan ibu untuk tahu tahap kepanasan tungku tadi.
.
Selamat mencuba.

tips ini dikongsi oleh : kak ekin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *