CARA CEGAH KEROSAKAN GIGI ANAK

CARA CEGAH KEROSAKAN GIGI ANAK

Kurang cantikkan bila tengok gigi anak rongak dan kehitaman. Tu belum tengok bahagian gigi geraham lagi.

Kalau gigi geraham yang berlubang, mau menangis-nangis kesakitan bila lubang tu dibiarkan dalam jangkamasa yang lama.

Kadang-kadang anak berumur 2 tahun pun ada yang dah mula tunjukkan masalah gigi.

Mungkin ianya nampak remeh dimata kita semua.

“Alah, semua budak macam ni kot. Memang dah tak dapat lari pun daripada masalah gigi rongak dan hitam ni.

Tapi ada langkah pencegahannya. Jom baca perkongsian Kak ekin ni iaitu bagaimana untuk mencegah gigi susu anak daripada rosak.

“Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”


Biasa kita dengar penggunaan ubat gigi berfluorida tak elok untuk anak-anak.

Sebenarnya, fluorida membantu kurangkan kerosakan gigi anak-anak akibat karies.

Seboleh-bolehnya apabila anak telah dilatih untuk meludah sendiri atau dalam jangka umur 1 tahun setengah gunalah ubat gigi berfluorida. Tak perlu banyak cukup sebesar saiz kacang hijau.

Selalu periksa gigi anak-anak bila nampak tanda-tanda awal kerosakan gigi walaupun di sebatang gigi, cuba sapu sedikit ubat gigi dewasa atah berfluorida ke gigi tersebut bagi mengelakkan karies.

Ianya adalah untuk elakkan karies pada satu gigi tu merebak pada gigi lain.




Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *