cara mengatasi masalah ruam kanak-kanak

cara mengatasi masalah ruam kanak-kanak

Ada tak ibu sini yang ada masalah anak kerap peluh walaupun kipas berpusing ligat? Sampaikan anak tidur tak lena.

Paling teruk sampai jadi naik biji ruam merah halus. Tapi cuaca bukan panas sangat pun.

Iya, kak ekin pun pernah kena masalah serupa. Sampai kak ekin risau dan bawa terus ke doktor.

Jadi, Kak ekin nak kongsikan maklumat kenapa anak kerap berpeluh dan beberapa simptom yang boleh kita nampak jika anak alami masalah begini menurut kata doktor tersebut.

Disini juga Kak ekin selitkan sekali tips yang boleh dilakukan jika anak alami masalah sebegini.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa #follow dan #SeeFirst Nurasykin Ali supaya tak terlepas info yang berguna

Biasanya anak berusia 1 tahun keatas kita akan perasan perkara ni. Memang nampak tak selesa sangat dan tidur pun kejap-kejap je.

Kadang-kadang, pakai baju jarang pun masih berpeluh.

Jadi, cuba tengok apa yang boleh sebabkan anak berpeluh pada waktu malam ni.

#Stress
Kanak-kanak pun boleh stress tau. Jangan cakap mereka tiada perasaan tertekan ke apa. Jadi, mungkin disebabkan ini anak kerap berpeluh?

#SleepApnea
Sleep Apnea ni adalah gangguan semasa tidur. Jangan ambil mudah perkara ni. Kalau tak dirawat, boleh menyebabkan bekalan oksigen berkurang dan masalah kesihatan yang lain berlaku.

#AlamiMimpiNgeri
Kalau anak berpeluh sebabkan alami mimpi ngeri itu adalah normal ya. Kadang-kadang kita yang dewasa pun berpeluh sakan kalau bermimpi yang bukan-bukan.

#MakanPedasSebelumTidur
Kalau anak 1 tahun keatas mungkin belum makan makanan pedas lagi. Jadi, tak mustahil berlaku bagi anak yang dah mula kenal pelbagai rasa makanan ni.

#KesanSampinganUbat
Anak yang ambil ubat-ubatan, normal jika mereka berpeluh. Mungkin ianya kesan sampingan ubat untuk penyembuhan sakit.

#BajuTidurTebal
Janganlah dipakai baju yang terlalu tebal. Elakkan. Malaysia ni cuaca tak menentu, kalau hari hujan dan sejuk tu bolehlah pakai yang tebal-tebal. Tapi kalau setakat cuaca so so saja, nipis-nipis pun cukup.

#MasalahBeratBadan
Anak yang alami masalah berat badan pun boleh jadi punca mereka berpeluh lebih-lebih lagi yang berbadan gempal.

#MasalahPernafasan
Cuba perhatikan pernafasan anak samada ok atau tidak. Kalau nafas tercungap-cungap atau laju ketika tidur, Kak ekin nasihatkan cepat-cepat bawa berjumpa doktor. Mungkin ada masalah paru-paru atau sebagainya.




ini lah ruam yang terjadi kepada kanak kanak

Kak ekin gunakan happyboo untuk hilangkan ruam dengan cepat. Sangat-sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *