CARA MERAWAT BENGKAK MASTITIS DI RUMAH

Nak tau tak, apa tu MASTITIS?

Mastitis ni adalah sejenis keradangan pada breast. Dia akan terjadi kalau saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada breast. Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

Banyak mommy-mommy yang baru bersalin terutamanya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar. Tapi, mommy-mommy semua pun kena ambik tau juga tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

Jadi harini admin nak kongsikan apa itu mastitis dan cara merawat bengkak susu / mastitis di rumah. Perkongsian kali ini admin petik daripada Facebook Aizah Zarirah.Semoga Bermanfaat!

 

kak eja, macam mana saya nak tau nak tahu simptom mastitis?

Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah :

1. Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada breast.

2. Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu baby. Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)

CARA MERAWAT BENGKAK SUSU/ MASTITIS DI RUMAH

1. Makan Vitamin C
Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam. Since baby pun baru lahir saya tak rasa nak telan ubat sebab baby menyusu. So pengganti ubat demam terbaik  adalah Vitamin C.

Disarankan ambil pil/tablet bukan buah-buahan. Tengah pantang kan?? Kalau akak jadi bentan juga.. Demam menggigil sebab buah-buah bersifat sejuk.

Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

Saya akan makan Vitamin C bila sahaja ada tanda-tanda nak demam macam rasa seram sejuk, mula nak menggigil ke.. biasanya kita sendiri akan tahu kondisi tubuh badan kita kan? 🙂

Semoga bermanfaat ❤️

Kredit : Aizah Zarirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *