Cara mudah mengatasi anak kuat menangis dan mengamuk

Bila anak menangis terjerit-jerit, mula lah angin kita pun datang. Darah automatic naik kat kepala dah macam cerek mendidih. Kena pulak anak emnangis dekat tempat awam, bukan kepalanglah rasa nak marah tu!

Cop!! Jangan start enjin terus jalan. Hati-hati bila perasaan marah tu datang. Keadaan anak masih boleh di kawal jika kita juga mampu mengawal kemarahan kita. Tarik nafas dalam-dalam dan istighfar. Kemudian guna beberapa teknik ni.

1. LETAK ANAK DI ATAS RIBA. Sambil itu cuba peluk atau gosok belakang dadanya. Ataupun boleh juga usap lembut kepalanya.

2. BISIKAN SESUATU. Lembutkan intonasi bercakap. Mungkin boleh tanya apa yang dia mahu.

3. MEMBACA DOA. Boleh juga berdoa di telinga anak seperti “Ya Allah, sejuk kan hati anak ibu yang soleh ini” ataupun selawat di ubun kepalanya.

4. KATA-KATA KASIH SAYANG. Nyatakan rasa sayang kita padanya. Biasanya kata-kata sayang ini mampu melembutkan hati anak yang sedang mahukan perhatian.

5. JANGAN MARAH. Ye! Marah harus di kawal kerana marah tidak membantu mengawal keadaan.

Tapi macam mana pula kalau anak tidak mahu di pegang?

1. BIARKAN SEKETIKA. Biarkan sepaya hati anak sedikit tenang dan lapang. Dia mungkin hanya mahukan ruang untuk ekspresikan perasaannya.

2. UCAPKAN KASIH SAYANG. Benar! Dengan ucpan kasih sayang atau lembut melembutkan hatinya. Pujuk sedaya upaya hingga anak kembali tersenyum.

3. BERI SEDIKIT RUANG KEPADA ANAK. Jika anak masih lagi meragam, berikan ruang padanya. Kadang-kadang dengan memberi ruang, anak boleh tenang sendiri dan mula bermain semula.

4. NASIHAT. Pesan dengan jelas tentang baik buruk tindakannya menangis sekuat hati. Pesan supaya beritahu atau cakap apa yang di mahu. Dan terangkan apa yang boleh dana pa yang tidak boleh. Asalkan nasihat dengan lembut atau dengan kata-kata manis.

Jika anak masih lagi menyusu, teknik terakhir dengan bagi anak kecil menyusu. Dengan menyusu badan, anak bukan sahaja dapat hilang dahaga malah dapat pelukan ibunya yang hangat dan pasti membantu meredakan rasa mengamuk anak. #milkupcandy bantu ibu selesaikan masalah ketiadaan susu. Susu kurang juga punca anak suka mengamuk kerana tidak cukup puas atau kenyang.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkpcandy
#terbuktiberkesan
#suportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *