CARA RASULULLAH SAW MENJAGA KESIHATAN

Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Tak pernah kan.Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Jom ikuti cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan.
.
.
1)Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Kesegaran udara subuh yang baik membantu untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
.
2) Tidak pernah makan berlebihan
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk 3 PERKARA iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
.
3) Jaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
.
4) Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
.
5) Bukan pemarah
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
.
6) Optimis dan tidak putus asa
Banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
.
7) Tidak iri hati atau cemburu
Bersihkanlah hati dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diri dengan sifat-sifat mahmudah.
.
8) Pemaaf
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Hati akan tenang, justeru lebih ceria dan sihat.
.
.
Benarlah dengan menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
.
#happyboo #naturesworldresources #happyboohq#produkbaby #produknatural #produkresdung#sunnah #hidupkansunnah #healthtips #sharinginfo#infokesihatan #allergic #eczemababy #tipsmama#petualama #herbalproducts

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *