Cara tingkatkan hemoglobin dalam darah ketika hamil

Sebelum kak ekin share cara nak tingkatkan hemoglobin, uolls kena tahu apa itu hemoglobin atau Bahasa mudah “hb”. Hb adalah protein kaya dengan zat besi yang ada dalam sel darah merah. Protein ini bertanggung jawab untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Fungsi utamanya adalah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh sehingga sel-sel hidup boleh menjalankan tugasnya dengan elok. Hb juga membantu membawa karbon dioksida dari sel-sel dan membawanya kembali ke paru-paru. Penyebab umum kekurangan nutrisi bukan sahaja zat besi, malah asid folat, vitamin C dan B12.

So uolls dah nampak kepentingan hb ketika hamil? Ia bukan sekadar mempengaruhi tubuh ibu malah termasuk juga tubuh janin. Untuk bantu menaikkan hb ke paras yang elok, ini antara cara-caranya :

1. Sumber dari zat besi.

Antara penyebab utama ialah kekurangan zat besi. Lebihkan daging dalam setiap hidangan makanan uolls atau boleh juga udang, tauhu dan bayam. Boleh juga di ambil dalam bentuk snek sihat seprti kekacang, bijirin kurma dan sebagainya.

2. Baiki dengan vitamin C.

Boleh juga dengan penambah baikan makanan sihat yang bersumberkan vitamin C. Ini kerana zat besi tidak sepenuhnya diserap oleh tubuh tanpa bantuan vitamin ini. Contoh makanan sumber dari vitamin c ialah betik, oren, strawberi, brokoli, tomato dan banyak lagi.

3. Asid folat untuk sel darah merah.

Asid folat dan vitamin B-kompleks diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Kerana itu, kekurangan asid folat secara automatik menyebabkan rendahnya kadar hb. Pisang, hati ayam, beras dan banyak lagi antara makanan yang mempunyai kandungan asid folat dan vitamin B-kompleks.

Yang penting jangan sekali skip makan. Sesibuk mana pun uolls fikirkan anak yang di kandung supaya pertumbuhannya terjaga dengan baik. Ambil contoh-contoh makanan di atas dan amalkan dengan cara yang mudah ok? Ambil juga suplemen tambahan seperti #milkupcandy kerana kandungan delima dalam setiap tablet kecil sesuai membantu ibu sedikit menambah baik nutrisi makanan.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *