Cara Banyakkan Susu Badan

Cara Nak Banyakkan Susu Badan

 

susubanyak

Risaunya bila tiba-tiba bayi kita merengek dan menangis sebab susu tidak cukup kan? kita sebagai ibu akan berusaha pelbagai cara untuk menaikkan dan membanyakkan susu badan. Antara penyebab utama susu drop adalah kerana penat, stress dan kedatangan haid, Bila susu dah merajuk, para ibu akan stress dan buntu bagaimanakah cara untuk membanyakkan kembali susu ibu. mengalah pada susu formula? tunggu dulu ibu !

Rahsianya mudah sahaja. Seperti sedia maklum, payu dara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. seterusnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan. jom kita lihat tips-tips untuk membanyakkan susu ibu melimpah ruah.

 

 

Cara Nak Banyakkan Susu Badan

 

 

  1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan bayi untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 – 5 jam.

 

 

  1. Jangan tunggu payu dara penuh.

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

 

 

  1. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan anak anda menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk membanyakkan susu dan mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

 

 

  1. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan bayi. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan bayi anda semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan dan membanyakkan susu.

 

 

  1. Sentuhan.

Sewaktu menyusu, bukakan baju bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan bayi anda ketika menyusu.

 

 

  1. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat berkesan kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan susu yang banyak.

 

 

  1. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsangnya untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini bayi anda menyusu dengan lebih baik.

 

 

  1. Fikir Bayi, Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi anda. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk membanyakkan susu badan.

 

  1. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.

 

10. Teknik Marmet

Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan menggunakan pam, cuma 60%-70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam,  ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu ibu sehingga 100% . Jadi, selepas pam jangan terus cuci corong, buat perahan guna tangan dan ianya sangat membantu !

 

11. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

 

cara banyakkan susu

 

Cara Banyakkan Susu Badan

 

Bersambung di artikel Cara Banyakkan Susu Badan Part2.

antara topik di Cara banyakkan Susu Badan Part2 :

  • cara urutan untuk membanyakkan susu badan
  • masa pengepam susu
  • Cara lain untuk membanyakkan susu

 

Yang paling penting,  sentiasa perfikiran positif dan memikirkan masa depan bayi kita dengan titisan emas yang tuhan anugerahkan kepada kita. Dengan bantuan supplement (milkbooster) sunnah 100% bahan semulajadi #milkupcandy mampu membanyakkan susu, memberi tenaga dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.

Bahan-bahan seperti kurma ajwa, habatussauda, delima, gam arab, susu kambing, halba, omega 3 digabungkan dalam satu tablet seperti gula-gula sedap untuk memudahkan ibu-ibu membawanya kemana sahaja. Pastikan 1 botol Milkupcandy di dalam beg anda, 1 di sebelah katil dan sebotol lagi di meja kerja anda. kunyah-kunyahh susu banyak…!

 

banyakkansusu1

 

 

 

Carabanyakkansusubadan1

 

lebih banyak testimoni di http://www.naturesworldresources.com/testimoni-milkucandy/

 

 

 

 

topik lain :

NAK AJAR BAYI MINUM SUSU GUNA BOTOL SEBELUM KEMBALI BEKERJA? GUNA 8 TIPS MUDAH INI.

 

6 risiko bahaya menyusukan bayi sambil berbaring

Dapatkan Mlikbooster MilkUp Candy di Agen-Agen diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Atau hubungi milkcandy.hq

sumber :

 

http://www.permatacintaku.com/2017/04/9-jenis-makanan-banyakkan-susu-badan.html
http://siraplimau.com/tips-banyakkan-susu-ibu-tambah-pekat
www.mithalimoms.com.my/9-cara-banyakkan-susu-ibu
http://mauceriasokmo.blogspot.my/2013/12/makanan-untuk-menambah-susu-ibu.html
http://info.gerobokanim.com/petua-tambah-susu-badan-ketika-berpantang
http://info.gerobokanim.com/cara-elak-susu-kering-ketika-berpantang 

https://www.babycenter.com.my/thread/2749657/cara-mengatasi-air-susu-drop

 

 RELATED ITEMS:CARA BANYAKKAN SUSU IBU, CARA UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU, DOA BANYAKKAN SUSU IBU, KURMA BANYAKKAN SUSU IBU, MAKANAN BANYAKKAN SUSU IBU, MAKANAN YANG BANYAKKAN SUSU IBU, PETUA BANYAKKAN SUSU IBU, PETUA UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU, PRODUK UNTUK BANYAKKAN SUSU IBUBANYAKKAN SUSU IBU, TIPS BANYAKKAN SUSU IBU, TIPS MENAMBAH AIR SUSU, TIPS MENAMBAH AIR SUSU IBU, TIPS MENAMBAH SUSU, TIPS MENAMBAH SUSU BADAN, TIPS MENINGKATKAN SUSU IBU, TIPS SUSU BADAN, TIPS SUSU BADAN BANYAK, TIPS SUSU BANYAK, TIPS SUSU BAYI, TIPS SUSU IBU, TIPS SUSU IBU HAMIL, TIPS SUSU IBU PEKAT, TIPS SUSU BANYAK, TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU IBU

 

Untuk urutan pula:

1) Sikat payudara setiap hari, baca selawat kemudian sikat dari atas keputing kanan dan juga kiri

2) Cuci dengan menggunakan berus gigi. ditakuti liang2 puting susu tersumbat

3) Sebelum mengepam, ambil kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah…(baca selawat dulu) itu salah satu urutan utk BreastFeeding

Masa pengepam :

1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk anda pam, lagi byk pengeluaran susu contohnya 3jam sekali.

2)mlm bagi baby isap kerap ….sebab bila mlm kalau kita beri bayi susu boleh membanyakkkan pengeluaran susu .

3) bila pam, pam sampai susu tak keluar…..nanti ‘nen’ kita akan produce susu baru.

4) sblm pam minum air suam dulu….lepas pam pon minum jugak.

5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering.

jgn minum teh/nescafe .mkn supplement-supplement banyakkan susu seperti #milkupcandy untuk membantu susu banyak hingga cukup untuk stok ke rumah jagaan bayi.

Cara-cara Lain :

 

1) Baca surah al baqarah ayat 60. Sambil baca letakkan tangan pada kawasan susu

2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.

3) Tuam tuala suam ke atas payudara

4) Urut belakang

5) Urut pada payudara

6) Urut payudara menggunakan sikat. lakukannya seperti sedang menyikat rambut

7) Sentiasa berfikiran positif

8) Invest pada pam susu yg berkualiti

9) Kerap menyusu bayi

10) Kurangkan stress, jangan mimikirkan masalah-masalah harian yang boleh mengganggu kilang susu untuk stimulate

11) doa

12) tawakkal

Yang paling penting,  sentiasa perfikiran positif dan memikirkan masa depan bayi kita dengan titisan emas yang tuhan anugerahkan kepada kita. Dengan bantuan supplement sunnah #milkupcandy mampu membanyakkan susu, memberi tenaga dan mencantikkan kulit ibu dan bayi. Bahan-bahan sunnah seperti kurma ajwa, habatussauda, delima, gam arab, susu kambing, halba, omega 3 digabungkan dalam satu tablet seperti gula-gula sedap untuk memudahkan ibu-ibu membawanya kemana sahaja. Pastikan 1 botol Milkupcandy di dalam beg anda, 1 di sebelah katil dan sebotol lagi di meja kerja anda. kunyah-kunyahh susu meletopppp…! jgn dilupakan, mist #happyboo kena stanbyy di dalam hanbag supaya sembur je bila bayi kite mula menunjukkan tanda-tanda tak sihat atau di gigit nyamuk. Eh… jangan tersilap ! #happyboo ni sesuai untuk semua peringkat umur tau. Kalau cik somi terbersin je, terus kite ‘sembur 1kali pada mukanya. lepas 1jam kompem hingus pun kering. Cubalah !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *