Cara Kurus dengan Menyusu Badan

Macam mana pula menyusukan anak boleh buat kita kurus?

1. Apabila kita menyusukan anak, kita akan automatik minum air dengan banyak. Haus tau setiap kali susukan anak. Jadi, setiap kali air (susu) keluar, ibu kena ganti semula air dalam badan supaya boleh digunakan untuk menghasilkan susu semula.
Air masak memang sangat membantu dalam proses nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang tidak berfaedah ini. Jadi, apabila kita banyak minum air untuk menghasilkan susu, badan kita juga akan mempunyai cukup air untuk menguruskan badan kita. Mudah kan?
2. Anak kita cuma memerlukan sebanyak 300-500 kalori sahaja setiap hari. Mereka akan dapat kalori ini dari kita la di mana sebahagian daripada kalori yang anak kita ambil adalah dari lemak-lemak yang sedia ada pada badan kita. Anak kita memperolehi kalori tersebut masa mereka menyusu. Jadi, secara tak langsung, lemak kita terbakar dengan sendiri semasa menyusukan anak.
Anak kita akan mengambil kalori-kalori yang diperlukan oleh badan mereka untuk proses tumbesaran yang sihat. Anak kita ambil kalori kita, jadi kita tak perlulah susah-susah nak pergi bersenam untuk bakar kalori badan. Best kan? Duduk rumah dengan anak pun boleh kurus.
3. Untuk menyusukan anak kita, kita akan pilih makanan yang berkhasiat sahaja untuk masuk dalam badan kita kan? Lebih-lebih lagi makanan semulajadi yang boleh banyakkan susu badan kan? Dengan makan makanan yang berkhasiat, kita akan dapat hasilkan susu yang berkhasiat dan penuh dengan nutrisi untuk tumbesaran baby kita.
Tapi, tahu tak, dengan makan makanan yang berkhasiat itu tadi, kita akan dapat menguruskan badan kita. Jadi, badan kita sebenarnya akan menjadi lebih sihat tanpa lemak dan minyak yang boleh menggemukkan. Susu yang terhasil untuk anak pun berkhasiat.
4. Makan makanan berkhasiat sahaja kadang kala tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi yang kita dan baby perlukan sebab tengok cara kita masak. Nutrisi banyak yang hilang sebab suhu yang tinggi dan lama sangat berendam dalam air macam masak sup. Sebab tu la kita kena tampung nutrisi dengan ambil suplement tambahan untuk mencukupkan khasiat susu ibu yang kita hasilkan. Pilihlah suplement yang membantu untuk kuruskan badan juga disamping banyakkan susu ibu.
Bila kita memang betul-betul pegang pada prinsip yang susukan anak secara eksklusif boleh kuruskan badan, itulah mindset kita. Kita akan buat sampai jadi. Selagi tak kurus,selagi tu kita takkan berhenti menyusukan anak. Jom tambah penyusuan yang lancar dengan #milkupcandy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *