Doa untuk ibu hamil dan mudahkan bersalin

Masa dalam Labor room dulu kan, Kak ekin suka sangat tengok sekeliling bilik tu.

Nak tahu kenapa?

Pusing kanan ada doa, pusing kiri ada doa. Atas kepala Kak ekin pun ada doa tau. Masyallah.

Kiranya macam ni lah Kak ekin nak cakap, saat korang tengah alami sakit contraction tu dan lupa doa-doa yang korang amalkan. Memang tak perlu risau sangatlah.

Sebab segala mak nenek doa tersedia.

Tapi hospital lain Kak ekin tak pastilah macam mana sebab tak pernah masuk labor room diorang tu.

Satu je nasihat Kak ekin, kalau korang pertama kali nak masuk labor room tu dan tak pasti ada doa ke tidak bertepek kat dinding.

Korang amalkan je salah satu doa mudah yang boleh korang ingat dan hafal. Tak perlu panjang-panjang.

Kalau Kak ekin dulu, Kak ekin semat doa ni tau dalam kepala sambil usap-usap perut. 
.
.
“Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”
.
.
Lagi kuat contraction, lagi deras mulut Kak ekin terkumat-kamit. Hehe

Korang pulak nak semat doa yang mana satu dalam kepala?

Ni ha, alang-alang post, Kak ekin share jelah beberapa doa ringkas yang boleh korang amalkan nanti.

Duk sesaja nanti boleh korang belek-belek baca.

Tak perlu nak ingat semua, cari doa mana yang korang nak semat dalam hati sebagai persediaan bertempur nanti.

Tapi kalau mampu ingat semua lagi ok tau. Kadang-kadang masa bertempur ni semua macam dah blur. Hanya mampu sebut Allah.. Allah.. Allah je.

Mungkin sebab tulah kot doktor dan nurse tepek doa-doa kat dinding sebagai panduan. Diorang tahu ibu-ibu ni memang dah tak boleh fikir dengan baik lagi.

Jemputlah belek koleksi doa ni. Boleh amalkan nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *