Edema ketika hamil

Edema ketika hamil

Siapa pernah rasa bengkak kaki ketika hamil? Atau sedang alami? Atau yang terfikir bakal alaminya ketika usia kandungan makin meningkat? Kebanyakkan ibu hamil akan rasa bengkak kaki ini apabila kandungan semakin besar dan kaki mula menanggung beban yang lebih berat.

Apabila bayi semakin membesar, uterus (rahim) memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Khususnya pada salur darah besar. Ia menjejaskan anggota badan bahagian bawah untuk menerima darah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan ini menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Biasanya keadaan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam dan reda sedikit pada waktu pagi setelah tidur sepanjang malam. Bengkak mungkin mudah di lihat jika tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya.

Edema ini adalah perkara biasa yang berlaku pada setiap ibu hamil. Kebiasaannya apabila kandungan mencecah grimester ketiga, ibu akan alami bengkak kaki ini. Cuaca panas di negara kita ini memburukkan lagi keadaan edema ini. Jika ia membengkak pada kawasan sekitar muka, sebaiknya berjumpa dengan doktor segera. Di bimbangi salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.

Namun begitu, elakkan dari duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan sekali-kali menyilang kaki. Apa pun, kesihatan badan tetap perlu di jaga seperti biasa dan jangan lupa pengambilan #milkupcandy. Teruskan consume untuk lebih bertenagadi bantu dengan kelebihan khasiat dari makanan-makanan sunnah.

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *