ELAK SEBELUM TERJERIT KETIKA MENYUSUKAN ANAK. 6 CARA SELAMAT DARI DI GIGIT

ELAK SEBELUM TERJERIT KETIKA MENYUSUKAN ANAK. 6 CARA SELAMAT DARI DI GIGIT.

Grrr. Asyik kena gigit je sejak dah banyak akal ni. Naik risau, seram, takut. Macam-macam ada. Ada ke cara nak nak elak kena gigit ketika menyusu? Dah bijak sangat baby ni.

Meh KakEkin bantu. Try hokey?

1. PERHATIKAN “TIMING” BAYI MENGIGIT.

* tengok baby dah tak menghisap atau main-main, boleh hentikan penyusuan.

* kadang-kadang bila baby dah tertidur, inilah masanya dia tergigit tanpa sedar. Jadi peka ketika baby da mula nak tidur.

2. BAGI BAYI GIGIT SESUATU. Sebelum dan selepas menyusu, korang boleh berikan “teether” atau buah sejuk jika baby dah pandai makan. Biasanya baby selesa selepas mengigit “teether” jadi risiko untuk digigit tu rendah.

3. GUNA JARI KELINGKING. Bila baby menggigit, jangan tarik. Tapi guna jari kelingking supaya puting terselamat dari luka.

4. GANGGUAN PUNCA GIGIT. Baby mudah tertarik pada sesuatu yang baru. Jadi tanpa sedar dia terlupa dia sedang menghisap susu. Ini membuatkan ibu terjerit di gigit. Jadi pastikan susukan bayi di tempat yang tenang.

5. POSISI DAN LEKAPAN YANG BETUL. Semasa mula menyusu, usahakan agar mulut bayi benar-benar terbuka luas. Pastikan sebahagian besar aerola masuk ke dalam mulutnya.

6. ELAKKAN JERIT PADA BAYI. Jika kita jerit sebagai protes, bayi juga mogok untuk menyusu. Jadi bersabar, cuba kawal dan tahan sakit. Pandang tepat kematanya dan katakan “jangan” dengan tegas.

Niat baik tentu tak mematahkan semangat ibu berikan yang terbaik untuk anak. Jaga pemakanan dan amalkan makanan tambahan yang berasaskan bahan semulajadi.

Cipta kenangan yang lebih indah bersama dengan #milkupcandy.

#milkupacandyhq
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *