Faedah asid folik pada kehamilan

Bila mengandung, benda sinonim sekali kita dapat dari klinik adalah asid folik, betul tak? kenapa ibu hamil mesti ambil? Penting sangat ke? Apa yang asid folik ni beri sampai perlu sangat ibu hamil ambil? Haa. Banyak soalannya ye. Semua ni Kak Ekin rangkumkan dalam faedah asid folic untuk kehamilan.

Merujuk dari artikel Dr. Zubaidi Ahmad, asid folic ni juga di kenali sebagai vitamin B9 yang sangat di perlukan ibu hamil untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA baru dan membaiki DNA rosak dalam sel. Oleh itu, asid folik sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untutk membina sel-sel baru. Jika ibu kekurangan sid folik dalam tubuh, bayi yang di kandung bakal terjejas kesihatannya.

Ada beberapa kajian menunjukkan asid folik membantu mengurangkan kecacatan saraf seperti spinal bifida atau neural tube defect sebaik sahaja bayi di lahirkan. Selain itu ada juga kajian lain juga membuktikan asid folik mengurangkan risiko bayi mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (lip and palate), kecacatan jantung (congenital heart disease) dan risiko lahir pramatang.

Tanpa asid folik yang cukup, ia boleh jadi penyebab keguguran secara tiba-tiba apabila homocysteine meningkat dalam darah. Jadi penting bagi ibu hamil untuk ambil asid folik sepanjang termester pertama atau atau dalam tempoh 12 minggu pertama supaya perkembangan otak dan system saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat.

Sabagai ibu, pasti mahukan anak yang lahir sihat fizikal dan juga mental. Jadi jaga pemakanan, ikuy nasihat doktor sebaik-baiknya dan bertawakal serta doa kepada Allah supaya dikurnakan anak yang sihat. Dan amalkan suplimen tambahan seperti #milkupcandy yang kaya dengan pelbagai khasiat makanan Sunnah seperti habbatussauda’ yang sudah pasti kita semua tahu merawat segala jenis penyakit kecuali mati. Mudah-mudahan mudah pejalanan uolls sepanjang hamil!

#milkupcandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *