Faedah susu ibu kepada bayi

Kasih ibu tak berbelah bahagi. Dan tentu sekali segala yang baik mahu di berikan pada anak. Uolls tahu tak? islam sangat menyarankan beri susu ibu sejak dari lahir lagi dan seelok-eloknya hingga bayi berusia 2 tahun.

Untuk 6 bulan pertama, susu ibu sangat eksklusif kepada bayi. Pelbagai khasiat dan keperluan penting susu ibu untuk perkembangan tumbesaran sempurna bayi selepas mereka keluar dari rahim ibu. Apakah keistimewaan susu ibu ini?

1. Keperluan nutrien dan perlindungan. Susu ibu sangat luar biasa dan tiada tandingan dengan susu yang lain. Semua keperluan bayi ada dalam susu ibu.

2. Perkembangan fungsi otak yang lebh baik. Berdasarkan kajian, kanak-kanak yang memperoleh sokongan penuh susu ibu seawal tumbesaran mereka, memiliki skor tinggi dalam ujian IQ.

3. Saiz bukan masalah, hanya perlu focus! Saiz payudara tidak perlu di ukur. Yang penting pemprosesan susu berjalan dengan lancar dan cukup untuk memenuhi demand anak.

4. Kebaikan berpanjangan untuk ibu. Kajian pakar mengatakan bahawa ibu yang menyusukan bayi kurang berisiko untuk mengalami masalah kanser payudara, kanser ovari dan juga masalah osteoporosis (atau lemah tulang) di kemudian hari. Selain itu, penyusuan juga berupaya menurunkan berat badan ibu.

5. Hubungan erat ibu and anak. Penyusuan membuat si anak rasa lebih selamat dalam dakapan ibunya selain mengeratkan kasih sayang .

6. Penyusuan ibu lebih mesra alam. Bagaimana? Susu ibu tidak perlukan kilang, mesin, pengankutan. Tidak menjejaskan langsung persekitaran. Sangat mesra alam dan hebat!

Setiap apa yang kita aturkan sudah tentu banyak halangannya. Namun untuk mencapai matlamat dan niat murni seorang ibu, kita perlu tabah dan sentiasa redha dalam apa jua keadaan. #milkupcandy bantu ibu menyusu untuk menambah susu serta memekatkan susu. Dengan kebaikan habbatussauda’ , susu kambing, kurma ajwa dan banyak lagi, ibu pasti tersenyum bahagia dengan hasilnya. Pastikan penyusuan kita lebih menyeronokkan!

#milkucandymalaysia
#tipssharingmilkupcandy
#terbuktiberkesan
#supportbreastfeeding

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *