Fakta tentang rasa susu ibu

 

 

Ada sebahagian kawan-kawan kita ceritakan pengalaman menyusu yang memberi kesan pada rasa susu dengan apa yang di makan. Betul ke apa yang kita makan beri kesan besar pada baby? Jom tambah ilmu.

Kebanyakan kita terlalu di takut-takutkan dengan memakan makanan pedas. Andai kita makan nasi goreng kampung yang umumnya kita tahu sangatlah pedas, sebenarnya tidak mempengaruhi sikit pun pada susu. Cuma berkemungkinan besar ibu yang akan mengalami cirit-birit jika perut tidak tahan dengan pedas.

Selain itu, kopi juga di katakan memberi kesan pada rasa susu. Apa pun yang kita makan tidaklah seratus peratus rasanya sama dengan yang kita makan. Ruth A. Lawrence, MD, dan Robert M. Lawrence, MD, penulis buku Breastfeeding: A Guide For the Medical Profession mengatakan, tiada masalah meminum secawan kopi kerana kandungan kefein didalam susu badan kurang. Tetapi jika di ambil sehingga enam cawan, besar pengaruhnya pada susu ibu dan boleh menyebabkan baby sukar tidur dan menganggu sistem penghadamannya.

Makanan yang berangin yang selalu kita dengar seperti kobis, nangka, tembikai dan sebagainya. Memang terkandung gas, namun gas tidak mampu masuk ke dalam susu ibu. Begitu juga minuman sejuk. Ia tidak mempengaruhi susu ibu kerana susu ibu yang mengalir berasa hangat iaitu 37c. Saranan mengurangkan minum minuman sejuk sebenarnya lebih bertujuan menjaga ibu yang alah terhadap sejuk, agar tidak di serang gejala batuk atau asma. Inilah yang dapat mengganggu proses penyusuan.

Apa pun rasanya, susu ibu tetap susu terbaik yang tidak mempu di tandingi mana-mana susu. Yang pasti ibu dapat memberi hasil susu yang banyak dan mampu mengenyangkan serta memberi khasiat nuat di manja. Jom seronokkan lagi penyusuan dengan #milkupcandy. Banyak manfaat pada ibu selain memberi kesan penghasilan susu yang banyak dan pekat. Ibu juga dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin serta mencantikkan dan mencerahkan kulit. Dalam setiap tablet mempunyai banyak kelebihan. Moga dengan menyusukan anak beri kita faedah besar pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *