INFLUENZA APA YANG ANDA PERLU TAHU

Ramai yang salah anggapan bahawa Influenza sebagai selesema biasa. Hakikatnya ia adalah jauh lebih berbahaya malah banyak komplikasi berbanding selesema biasa. Paling teruk ia boleh menyebabkan kematian!
.
Influenza ni ada beberapa jenis seperti influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab­kan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.
.
Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit
.
Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Pesakit biasanya akan mengalami demam suhu yang tinggi, batuk, sakit tekak, hidung berair, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan. .
.
Golongan berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis.
.
Komplikasi yang disebabkan influenza termasuklah pneumonia, sinus dan jangkitan telinga. Malah jangkitan ini juga boleh memburukkan penyakit sedia ada seperti asthma, kegagalan jantung ataupun kencing manis.
.
Disebabkan virus ini sentiasa menjalani mutasi, kandungan vaksin juga berubah setiap tahun. Oleh itu, kita disyorkan untuk mengambil vaksin ini setiap tahun untuk perlindungan yang optimum. .
.
Kebersihan adalah perkara mustahak dalam mencegah demam dan menghalang penyebaran virus influenza. Ia termasuk mengelak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.
.
Amalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan mengelakkan memegang bahagian hidung atau mata tanpa membasuh tangan. Tutup mulut dan hidung ketika bersin. Banyakkan minum air dan elakkan berada di tempat-tempat awam yang sesak.
.
.
#happyboo #naturesworldresources #happyboohq#agendiperlukan #flucure #coughcure#naturalbabyproduct #baranganbayi#kedaibaranganbayi #beauty #health #organic#tipskesihatan #happyboolovers #babyshop#momandbabyshop #natural #bazaarpaknil #bazaar#herbal #produkbaby #productnat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *